.kisah cik wanda yang tabah.

sakit kaki tau tak!

Aku tak pegi kelas sebab sakit kaki.

” Lohhh… ape kaitan blaja dengan kaki? blaja bukan pakai kaki”

Hey, cuba kau pakai otak sikit!

Untuk blaja ialah mesti ke kelas,

Untuk ke kelas ialah mesti naik tangga sebab kelas kat tingkat 5,

Untuk naik tangge ialah mesti pakai kaki,

Untuk pakai kaki ialah sangat sakit,

Untuk sangat sakit ialah SIRIES wa tanak!!!!!!!!!

Sakit siot teseliuh kaki sebab tejatuh tangge dan jatuh tejelepuk macam nangka yang baru nak buruk kene makan ulat!

“Kenapa cik wanda tak berhati-hati?”

Sebab mane la tau nak jatuh. Kalau tau pasni cik wanda akan jatuh, mesti dia akan berhati-hati pastu turun tangga satu-satu. Pastu turun tangge tanpe beborak dengan kawan-kawan a.k.a penonton aksi stunt cik wanda.

Kalau la tau berurut sebab seliuh tu amat sakit yang sangat tahap gaban satria baja hitam punya kekuatan. Mesti aku takkan brangan nak jadi nangka buruk lagi!

Thanks kepada cik wani (kawan saya yang slalu dibuli) dan nor diyana (kawan saya yang paling chantek) sebab temankan saya pegi berurut kat rumah maklang (bukan pasangan kawan saya yang saya panggil paklang!).

Super duper thanx to apai jugak. Sebab sudi membawa hamba (tuan puteri ini)~ ke rumah maklang itu. Dan ke klinik juga. Walaupun terdapat beberapa agenda lain juga yang kau laksanakan di klinik itu!

” eleh wanda. kau nak pegi berurut macam nak pegi besalin. seme bende nak bawak” (diyana, 2010)

Biar la! Sebab aku da tau, mesti saket punye! so, aku bawak air kosong and towel kecik untuk lap mutiara-mutiara yang bakal jatuh dari mata aku neh. Seb baik aku bawak! sebab bukan stakat mutiara yang kuar. Emas, perak bagai pun kuar. Macam ade paip kat mata neh!

” kau mesti tak meraung sebab malu kat aku kan?” (apai, 2010)

Takpun. Sebab raungan aku lebih melalui mata. bukan mulut. Hahahaha. Oleh kerana ada tabir dan kau tak dapat melihat keadaan aku dikerjakan mak lang, mesti kau kurang dapat feel keseksaan itu!

Papepun. Thanx kepada yang terlibat. Nanti aku blanje pas aku kaye raye kawen ngan dato; yang berstatus duda. Motif asal cerita ialah menyatakan aku sakit kaki tak dapat ke kelas (bukan kerana malas) dan menyatakan perasaan sayang kepada kawan-kawan yang terlibat.

p/s: Sakit kaki aku langsung tidak membataskan untuk aku ke pizza hut cik apai belanja petang ini. Harap maklum.

Advertisements

Ucapan Saya Pada Malam Ini

Isnin, jangan tiba terlalu cepat, Ahad, singgahlah lebih lama, dan kau Sabtu, alangkah indahnya jika kau boleh memperlahankan waktu. Oh ya Jumaat, tolong jangan sesakkan kepala otak aku.

Memetik kata seorang rakan aku. Rakan yang hari minggu nya terlalu sesak baginya. Berbanding dengan entry yang sebelumnya. Saban mingu merungut tentang kebosanan hari minggunya. Hari ni? baru la kau rasakan 2 hari itu bagaikan 2 jam.

Sebenarnya, aku nak gelak jahat jap…

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!~

Kau tidak berseorangan wahai rakanku.. Masih ramai lagi yang menemani. Cuma aku… yang agak bernaseb baik. Bernasib baik kerna telah menghadapi saat itu terlebih dahulu. Tapi, masih ada yang belum selesai beb! relakslah!~

Dimana sifat macho dan koolmu?

Bukankah kau biasanya maintain macho? Tapi aku percaya kau tetap akan kool sahaja. Kau kan kesayangan Pak Amid!~ (sebenarnya aku tidak memerli ok?)

Pesanan aku, silalah buat muka confident. Itu sahaja kata kuncinya. Itu nasihat daripada seorang Pensyarah berpangkat doktor kau tahu!!!! Konfident sahaja yang penting. Salah tidak menjadi masalah! Kita kan belajar!

Aaaaaahhh…… Panjang sangat nasehat kepada seorang rakan yang sedang bizi itu….

Sebenarnya, memang hari minggu terlalu pendek lah!

PM baru, silalah dengar cadangan saya. Jadikanlah weekend 3 hari! tolonglah! inilah suara rakyat yang mahukan perubahan!~ 2 hari tidak cukup!

sebelum bercerita, adalah ingin memaklumkan bahawa hari minggu disini ialah hari jumaat dan sabtu.

Pada hari khamis. Pelbagai perancangan untuk menyiapkan assignment telah di setkan di dalam kepala benak seorang budak benama cik Wanda.

Weekend ni… camne pun, mesti setelkan semua. Yesss..!

Hari jumaat tiba, di pagi hari, menemani ibu ke pasar. Pasar minggu disini  ialah bukan tempat menjual sayur sahaja. Ia juga menjual baju-bajuan dan tudung-tudungan juga! malahan bantal, besen, baldi, dan juga apam balik!! Tidak lupa juga kacang rebus! Maka dengan itu, masa dipasar ialah sangat lama!~ sampai ke tengahari sehingga ibu membuat keputusan untuk tapau sahaja lunch untuk kami bertiga. Cik wanda, ibu, dan bapa.

Dipetang hari, membantu bapa saudara pula. Yang pergi kursus dan meminta bantuan cik wanda untuk menjemput anak kesayangan di airport kota bharu. Okey, mestilah pergi awal sedikit sebab mungkin boleh makan-makan dahulu. Flight sepatutnya pukul 7.20am didelaykan sehingga 10.50pm! Bukan kerana cuaca, tapi kerana kesilapan teknikal pihak pengurusan!

” shit air asia” – kata-kata seorang sepupu.

” lepas ni, haram air asia” – kata-lata seorang bapa saudara melalui sms.

menunggu seorang sepupu sehingga lewat malam dam sampai kerumah lewat malam kuasa dua!

Ahh…. sudah sehari hari minggu berlalu! berbaki lagi sehari!

Di hening sabtu (kehkehkeh… sile jangan marah cikwanda menggunakan perkataan hening itu!).. membantu ibu vacuum rumah, mop lantai dan mengelap almari yang berhabuk. Sehingga tengahari!

Tengahari pula, berjanji dengan ibu untuk men eksperimen pai tee! sejenis makanan kegemaran ramai termasuk, ibu, bapa dan saudara mara sekalian alam.  Eksperimen dijalankan dan ia menjadi! sehingga ke petang mengeksperimenkan diri. ( gile lambat nak mampos nak buat kulit pai tee!)

Dan sebelah malam pula, tiba konsert akademi fantasia, sesi iron baju bla bla bla…

o0o0pppsss! weekend dah hampir tamat!~ sehingga terjadinya entry ini. Satu pun benda yang diazamkan tidak dibuat! mengapa weekend 2 hari sahaja? itu saja persoalannya! kalau esok weekend kan bagus… leh la wat assignment.

Sila ambil perhatian. Kami sepakat untuk mahukan weekend 3 hari selepas ini. Tolong lah datuk seri najib. Cik wanda janji takkan merepek seperti ini lagi kalau PM bagi weekend tiga hari…..

Sekian ucapan saya pada malam ini.

Terima kasih kepada yang sudi menbaca.


Goreng Pisang SuamSuam Kuku

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. Maha Sedap!

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. masih+akan terus menjadi port kegemaran pada sore

Kau mahu tahu?

Pertama kalinya dalam sejarah. Aku berlumba-lumba untuk register subjek.

Tidak pernah aku buat begitu. Sedangkan semester lepas pun, rakanku terchenta mandaftarkan untuk aku.

Pendaftaran dibuka 30hb. Maka pada jangkaan aku bersama rakan-rakan, ia dibuka seawal jam 00.00 lagi. Nyata hiperbola cerita rekaan aku semua meleset kerana ia dibuka lebih awal. Seawal 11.50 aku mencuba. Ingin mencuba menjadi orang pertama.

Cis! aku bukan orang yang pertama! Punah harapan dan angan² tin  kosong! Bunyi sahaja bising! Isinya tetap tiada.

Sudahla penat berperang minda dan perasaan bersama rakan² untuk memilih subjek kegemaran! Semua mahu yang cemerlang gemilang terbilang. Pelbagai analisis dilakukan oleh mereka untuk setiap subjek elektif itu. Pilih 2 daripada Lima. Susah bukan?

Ia lebih susah daripada memilih soalan pilihan untuk dijawab ketika exam, bahkan, lebih susah daripada memilih calon menantu! percayalah! Ianya sukar. Sukar kerana terlalu banyak pendapat. Pelbagai hasutan dan pujian ke atas semua subjek!

Seawal 11.50 pm. [ok, belom masuk 30march]. Aku mencoba naseb. Manalah tahu, untung polisterin, timbul dipermukaan air dan menyebabkan pencemaran. Saat 11.50pm itulah aku bukan menjadi orang pertama. Orang ketiga mungkin! haish…! Tak puas hati!

Sepintar pintas kilat aku mendaftar dan tidak lupa memaklumkan kepada rakan seperjuangan! Rakan seperjuangan yang masih sibuk dengan dunia analisis!

” klik daftar”

Selapas diklik. Status available untuk subjek elektif kegemaran, 10 mendaftar dan 30 kekosongan!~ Pada kiraan dan analisa yang telah dibuat, ada 8 manusia lain yang mendaftar pada masa yang sama dengan aku. 10 mendaftar bermakna aku, manusia ganjil yang menjadi orang pertama itu dan 8 lagi yang lain! Semangat bukan? Mereka sungguh bertungkus lumus untuk mendaftar secara pantas! Tahniah kepada semua!

Sepanas panas goreng pisang, panas lagi subjek elektif ‘facility management’ itu! Dalam masa setengah jam, kelas sudah full house! pertama kali dalam sejarah. Student batch aku memfullhousekan kelas sepantas kilat itu! banjir kilat pun tidak sepantas itu pada kiraan aku.

Untuk maklumat semua, kelas itu limited kepada 40 manusia pertama yang berminat sahaja. Dan pada perkiraan penganalisis tidak bergaji aku, semua budak kelas aku berangankan subjek itu kecuali tuan empunya penganalisis tidak berdaftar itu. Maka, tidak hairanlah ia ditransform menjadi  goreng pisang panas!

Subjek pilihan kedua panas fullhouse pada kira-kira pukul 1 pagi. Masih lagi panas walaupun suamsuam kuku. ‘Project Management’ – tidak mempunyai peminat seramai Facility Management, tapi masih menjadi pelengkap kepada yang tidak lengkap. Rakan-rakan seakan gerun dengan lecturernya. India pure fly all da way from bollywood city! Satu ungkapan ajaib, Tak kenal maka tak cinta, tak cuna maka tak tau! Mana tahu, dia bukan seperti yang dijangkakan. Mana tahu pembelajaran bersamanya bukan seperti yang kita bayangkan. Cubalah rakan-rakan. Berjuang untuk hidup! Bukankah Agi idup agi ngelaban?

Daftar subjek punya cerita. Boleh menaip entry sepanjang ini. Musykil! Tapi inilah kenyataan!

Ada yang sanggup berada di cc seawal 11.30 malam. Ada yang berlari lari anak ke cc pada pukul 12 malam. Ada juga yang menelefon rakan karib membutuhkan pertolongan. Inilah gunanya kawan. Apa guna berkawan kalau tak mahu tolong!

‘ Apa yang penting, kerjasama!’

Apapun peristiwa, apa yang jelas dan hakiki, Aku gembira kerana telah mendaftar dengan jayanya. Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sungguh kasihan kepada mereka yang tak bisa memilih. Siapa suruh kau tidak bersemangat seperti kami? jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih!

Alah, subjek lain pun tidaklah tidak hebat. Cuma tidak menjadi goreng pisang panas sahaja!

Dalam keasyikan mendaftar subjek. Perkhabaran tidak gembira tercipta. Panggilan mengatakan atok saudara sedang tenat. Ayah bergegas dan aku tunggu dirumah. Penantian satu penyeksaan – panggilan diterima beliau telah kembali Rahmatullah. Allah lebih sayangkan beliau!

AL-FATIHAH

saye B.E.N.C.I die!

P.E.N.C.H.U.R.I………! P.E.R.O.M.P.A.K………! Pe bezenye ye? yang curi die amek je kot.. perompak plak siap ngan macam ala-ala nak cederakan.. ye ke? Hahahahahaha….. ye kot kan? pape pun due cam bodoh dan bangang! ye la, kalo pandai sangat takde la wat keje camtu kan? Nak² kalo yang masuk bilik aku tuh!

WHAT??

Ye, bilik saye kne masuk pencurik… Gile tol! b4 neh dengar je citer pencurik masuk bilik. tengok tengok bilik aku plak kne!!! huhuhuhu. ape die amek? cube teke? laptop la!!! laptop sahaja! Die amek laptop rumate aku. Cian die weh! bermuram durja gile. yang peliknye, laptop aku ade je kat atas meje tapi die tak amek plak… tak nampak ke ape ke tak to la. Wallahuallam.

Tapi rasenye sebab meje aku bsepah, die tak nampak laptop. Wakakakakaka… kantoi meje sepah. Tapi tu la… bengang gile ngan pencurik tuh. Hahaha. die pdulik pe aku bengang ke tak ngan die kan? hoho.

 Yang takley blahnye, die masuk kot tingkat. Padahal bilik aku da tingkat 2 ape… boley plak die nak panjat naek. ades… gile ah pencurik tuh. takde dwet sangat ke hape. wei, kalo nak curik pun, jangan la mencurik kat bilik aku! Tula, mle mle aku kompis gak kot² aku ter tidak kunci bilik. Tapi aku sure gile aku kunci! bile gi wat siasatan, Hahaha. aku gi siasat wey! jumpe la cam memori kad pye penutup jatuh dari tingkap yang di panjat kot!

Then cam bese la, follow the prosedur, gi wat report dan sebagainye. N once again… guard soal2 je la… pastu takde la tindakan pape kan…. normal. normal. normal kat UTM. Balek dari wat report, tibe plak dapat tau yang bilek bawah aku pun kne cilok gak lap top die. yang tuh lageh dasat…! tingkap bilik die ade grill tau tak! tapi telus plak si penchurik durjanan dan jahanam itu amek. perghh!! kaye la ko eh encip pencuri?  KAYE DENGAN DUET HARAM!

then the following days ade lagik kes curik laptop.. bosan tol.. skang tido pun kne tutup tingkap. Panas n meruap.. hohohoho. Saye rase saye benci la kat pencuri tu. Even die tak amek aku nye laptop (Alhamdulillah jugak la sebab aku ngah misken neh), tapi die amek kawan aku nye… sikit tempias ( wahh.. tempias pun boleh..!) trase kat aku…. Rumate aku da fobia pun ngan kepencurian neh.. begitu juge rakan-rakan yang laen.. Huhuhuhu.

Sekian sahaja penghapdetan saye. Hehehehehe. walaupun gaya penulisannya kurang menarek, tapi ske ati saye la!

b.y.e

Ueeii… Cacing..!

 

Dengar je da geli, ye tak? Tapi kalo orang yang fishing gune umpan cacing ok je aku rase… Cute pe cacing tuh….. kan? kan?

Hahaha. sbenanya takdela pe sangat, aku juz nak citer, aku kne wat esemen for subjek enterpreunership n i choose to interview cacing’s enterpreuner. Ok wat! Since skang penternakan cacing adalah sangat Glem! Seme orang pun nak ternak cacing. Mane taknye, RM450 for a kg! mahal tuh…. Huhuhu. Tu la kirenye aku sangat beminat nak discover tuh! Hahahaha. Poyo je sbenanye. :p So, leh aku stat becerite? ( asal aku kene mintak izin plak eh? )

CERITA AKU

 Seteleh mensearch di tenet, kami decide la nak gi kat penternakan cacing kat Melaka. Kat Kampung Tehel. Namenye Zaws Agrotech. Kebetulan tempat neh adalah kampung 1 of us. ( aku wat esemen group ok). So, aku ngan excitednye gi sane. Lalalalala…. 4 power girls la neh! muahahaha. Me, Fariha, Chen, n Kim… Lalalala..

Sampai kat sane… wahhh.. so impressed. tempat die takla besar sangat. kecik n sempoi! pendek kate, sesape pun leh wat. Sangat ok! Tat brother, background die Mechanical Engineering (hahaha, tak bekait langsung ngan cacing kan?) and wat mase neh die da usahakan cacing neh for 2 years… so, aku tanye la raftly modal die brape.

” bout 20k”

 So, skang da pusing modal ke blom?

” esh, lebih dari suda… da 10 kali pusing modal kot!!”

 

 

WOW!!! gile ah. Memang sangat lumayan! bez gile. adus, aku pun nak wat arr camneh. Bez sangat. Kaye siyot. And pembelaannye pun tak gune modal banyak sanga! Siyes! Bro tuh, juz beli benih cacing. This part pakai duet sket. Modal la kan? then die bela je cacing tuh sampai la beranak membiak bagai. Die buat bangsal nak bela cacing tuh and all da cacings di biarkan membiak dalam 1 bekas yang di buat dengan kayu. Ala, sempoi je. buat bekas petak je. Lalalala. Bebenih cacing di letak dalam abuk kayu. Habuk kayu tu, tat bro amek dari bahan buangan pengusaha cendawan. (kalo korang tau la, camne nak ternak cendawan secare komersial) So, its F.O.C since benda tuh kan bahan buangan! N untuk menggalakkan lagi menyuburan cacing, diorang bagi makan daun, kulit pisang, kulit durian, dan memacam lagi ah bahan buangan makanan kite tuh. Juz jangan ada yang berminyak je! Senang dan murah kan!!!?

Da lame-lame skit, then leh la singkan cacing tu daripada tahinye.. hehehe…. Cacing di pax untuk di jual, n tahinye jugak di pax untuk di jadikan baja kompos. Dijual plak tuh. RM4 sekilo! takke gile! Cacing dijual, tahi pun dijual. Wahhh… sangat tak membazir tau tak!! Bes. Bes.

Kitorang hari tu, siap aku pegang cecacings itu. lalalalala…. Geli tapi tahan je… tapi takla menggelikan sangat sbenanye. Dengar je geli. Then bile tengok life, ok je la! Elleh, bagi korang yang gegeli tu, takyah la ngade ngade. Kekgih cacing tuh korang gune gaks… wat alat make up korang kan… wat lipstick, lotion.. Lalalala… tak plak korang geli eh? Wakakaka.. sebab tak tau kan? takkan la kat dalam isi kandungan tu die nak tulis name ‘worms’! mesti la die tulis scientific name yang korang tak tau. pastu korang pun pakai la dengan jayanya. Wakakakaka…

Ha! Lagi satu, tak tau la plak kunjungan kami hari tu sangat la di alukan kan…. siap owner nye masukkan gambar kitowang kat Blog die lagi. Lalalalala.. so, kalo nak tgk, rajen2 visit blog die ok? Hahaha. http://ternakancacingmelaka.blogspot.com/

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Cik Liniey