Teka-teki pulau saya!

DSC02337

here i am! perhentian Island!

Jawapan teka teki ( erk, cik izad je kate saye berteka-teki!~)

Saye ke Pulau Perhentian! a.k.a Perhentian Island.

Dengan siapa? bersuka riakah? berhoneymoon kah?

semuanya tidakkk! salah semuanya!

Berhari Keluarga bersama warga opis…

Lalalalala…. Proud to be a trainee. Hahaha, tibe je! sebab da abes pun! Wei dunia!!!! aku da abes berpraktikal!!! aaahhhh…. seronot!

Kenapa pulau perhentian yang dipilih? Ntah! tanye la kat diorang! warga kerja di sana! nak tanyakan saya? mestila saya akan.. ” baiklah, saya setuju” – Kan saya trainee! mesti patuh dan tak mengada ngada serta demand!

Masuk kali ni, saye gi pulau perhentian tu da kali brape ntah! Hahahaha.. asek tmpat tu je tau nak gi… Bukan nak gi tempat laen! Tau ar umah hang dekat jeti pulau perhentian! – Nak wat camne wei… orang da ajak, pogi je la!

Mari-mari kite tengok² gambar yang saye syok sorang² bez!

08052009(002)

Itu ialah gambar dijetty. Cuba lihat muka cik wanda! (paling kanan). Muka pasrah sebab bot cam lambat sampai! spoiled btol!

08052009(016)

Ohh... boat da sampai! lihatlah.. kan saya girang mengambil gambar. Jakun btol!

DSC00210

uniform mandi manda di lautan saye!

sunset! yes, saye sempat! sunrise? hahaha.. tak kot..

sunset! yes, saye sempat! sunrise? hahaha.. tak kot..

indah bukan?

indah bukan?

:)

🙂

cik wandalini

cik wandalini

Part paling best, snorkelling kat taman laut. Tengok pelbagai benda yang slalu saye tengok kat tivi.

n relax+melenakan diri kat seashore dengan angin meniup+mengulit sampai la saye telena kat krusi mat saleh berjemur tu!

Kan saya da cakap, best! Hahahaha…

Takke korang rase best bile sampai je, tengok ayer laut biru gelap, biru muda, turqoise bla bla bla…?

Takke korang rase best bile pegi snorkelling, si ikan comel nemo ada kat atas tapak tangan korang?

Takke ke korang rase best bile berkayak, kite leh pegi tempat mane yang kite ske n tengok coral kat situ!~

Takke rase best, bile malam² lepak di tepi pantai sambil berbual² dan bergurau senda?

Takke rasa best bila tak payah pikir apa-apa, juz tengok and dengar air laut menyanyi je?

Jawapannye, best wo! sebab saye da and slalu rase benda tu!

Marilah pergi holiday bersama rakan-rakan!

*p/s : satu je tak best! kulit jadi gelap! tapi saye pakai sunblock tebal²! Hahaha.

Ucapan Saya Pada Malam Ini

Isnin, jangan tiba terlalu cepat, Ahad, singgahlah lebih lama, dan kau Sabtu, alangkah indahnya jika kau boleh memperlahankan waktu. Oh ya Jumaat, tolong jangan sesakkan kepala otak aku.

Memetik kata seorang rakan aku. Rakan yang hari minggu nya terlalu sesak baginya. Berbanding dengan entry yang sebelumnya. Saban mingu merungut tentang kebosanan hari minggunya. Hari ni? baru la kau rasakan 2 hari itu bagaikan 2 jam.

Sebenarnya, aku nak gelak jahat jap…

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!~

Kau tidak berseorangan wahai rakanku.. Masih ramai lagi yang menemani. Cuma aku… yang agak bernaseb baik. Bernasib baik kerna telah menghadapi saat itu terlebih dahulu. Tapi, masih ada yang belum selesai beb! relakslah!~

Dimana sifat macho dan koolmu?

Bukankah kau biasanya maintain macho? Tapi aku percaya kau tetap akan kool sahaja. Kau kan kesayangan Pak Amid!~ (sebenarnya aku tidak memerli ok?)

Pesanan aku, silalah buat muka confident. Itu sahaja kata kuncinya. Itu nasihat daripada seorang Pensyarah berpangkat doktor kau tahu!!!! Konfident sahaja yang penting. Salah tidak menjadi masalah! Kita kan belajar!

Aaaaaahhh…… Panjang sangat nasehat kepada seorang rakan yang sedang bizi itu….

Sebenarnya, memang hari minggu terlalu pendek lah!

PM baru, silalah dengar cadangan saya. Jadikanlah weekend 3 hari! tolonglah! inilah suara rakyat yang mahukan perubahan!~ 2 hari tidak cukup!

sebelum bercerita, adalah ingin memaklumkan bahawa hari minggu disini ialah hari jumaat dan sabtu.

Pada hari khamis. Pelbagai perancangan untuk menyiapkan assignment telah di setkan di dalam kepala benak seorang budak benama cik Wanda.

Weekend ni… camne pun, mesti setelkan semua. Yesss..!

Hari jumaat tiba, di pagi hari, menemani ibu ke pasar. Pasar minggu disini  ialah bukan tempat menjual sayur sahaja. Ia juga menjual baju-bajuan dan tudung-tudungan juga! malahan bantal, besen, baldi, dan juga apam balik!! Tidak lupa juga kacang rebus! Maka dengan itu, masa dipasar ialah sangat lama!~ sampai ke tengahari sehingga ibu membuat keputusan untuk tapau sahaja lunch untuk kami bertiga. Cik wanda, ibu, dan bapa.

Dipetang hari, membantu bapa saudara pula. Yang pergi kursus dan meminta bantuan cik wanda untuk menjemput anak kesayangan di airport kota bharu. Okey, mestilah pergi awal sedikit sebab mungkin boleh makan-makan dahulu. Flight sepatutnya pukul 7.20am didelaykan sehingga 10.50pm! Bukan kerana cuaca, tapi kerana kesilapan teknikal pihak pengurusan!

” shit air asia” – kata-kata seorang sepupu.

” lepas ni, haram air asia” – kata-lata seorang bapa saudara melalui sms.

menunggu seorang sepupu sehingga lewat malam dam sampai kerumah lewat malam kuasa dua!

Ahh…. sudah sehari hari minggu berlalu! berbaki lagi sehari!

Di hening sabtu (kehkehkeh… sile jangan marah cikwanda menggunakan perkataan hening itu!).. membantu ibu vacuum rumah, mop lantai dan mengelap almari yang berhabuk. Sehingga tengahari!

Tengahari pula, berjanji dengan ibu untuk men eksperimen pai tee! sejenis makanan kegemaran ramai termasuk, ibu, bapa dan saudara mara sekalian alam.  Eksperimen dijalankan dan ia menjadi! sehingga ke petang mengeksperimenkan diri. ( gile lambat nak mampos nak buat kulit pai tee!)

Dan sebelah malam pula, tiba konsert akademi fantasia, sesi iron baju bla bla bla…

o0o0pppsss! weekend dah hampir tamat!~ sehingga terjadinya entry ini. Satu pun benda yang diazamkan tidak dibuat! mengapa weekend 2 hari sahaja? itu saja persoalannya! kalau esok weekend kan bagus… leh la wat assignment.

Sila ambil perhatian. Kami sepakat untuk mahukan weekend 3 hari selepas ini. Tolong lah datuk seri najib. Cik wanda janji takkan merepek seperti ini lagi kalau PM bagi weekend tiga hari…..

Sekian ucapan saya pada malam ini.

Terima kasih kepada yang sudi menbaca.


i’m sorry boss

.OK.

Praktikal maken best

tu la, next time don’t judge a book by its cover

kan? aku da start bz

da ade keje

and da most important, at least takdela aku dok rilek men² sms

Pagi grak kol 7.45 n 7.55 sampai ofis

yes. tepat. unless kalo ade krete siput babi kat depan n que panjang nak potong cam ulat gonggok.

Sampai, breakfast dlu. Lapor goSsip latest baru la wat keje

Keje. keje. keje. sampai la kalo nak makan, makan

kalo tanak sudah. takde orang marah pun.

kalo ngantok, leh gi rest time lunch hour skejap

pastu keje. keje. keje.

bile wat keje, mesti kite rase mase kejap je jalan.

pastu balek la.. Lalalala.

Kan best camtu.. takde la praktikal yang bosan macam aku pk b4 neh

da khatam seme work flow kat opis

skang aku leh wat fully valuation

value and inspection sahaja

kerja² laen tecnician buat.

inspect, value, sign, pastu study case ( praktikal kan? mesti study)

makanya, keje aku sronot dan sangat menarek

currently, aku manage case untuk nak amek balek tanah rakyat untuk buat skool

start from a-z

pasneh supervisor kate ade transaction baru kat pulau perhentian

yeay!~ leh gi jalan² lagi.

Maka dengan ini, praktikal aku bes. buang seme yang tak bes.

TAPI KAN

meje saye depan aircond btol². Aku pakai sweater all da time

+ aku bli slipper soft toy cartoon nak cover kaki yang comel and teketar²

n tetiap mase minum air suam nak panaskan badan

.lagi satu kepelikan.

Bos suruh maen badminton.

Aiyyark!!~ sumpah tak penah maen badminton.

sangat tak reti tahap maximum

game laen takpe, jangan badminton sebab tangan aku bute

bute yang da taleh diselamatkan

buta yang bukan rabun

silelah pilih saye jadil wakil department kalo nak menang dr bawah.

Sekian. maafkan saye bos.

* Sesape tak paham pe yang saye tulis, sile takyah faham

sebab, dulu pun saye tak paham gak. skang je baru paham pas masuk UTM*

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Cik Liniey