Ucapan Saya Pada Malam Ini

Isnin, jangan tiba terlalu cepat, Ahad, singgahlah lebih lama, dan kau Sabtu, alangkah indahnya jika kau boleh memperlahankan waktu. Oh ya Jumaat, tolong jangan sesakkan kepala otak aku.

Memetik kata seorang rakan aku. Rakan yang hari minggu nya terlalu sesak baginya. Berbanding dengan entry yang sebelumnya. Saban mingu merungut tentang kebosanan hari minggunya. Hari ni? baru la kau rasakan 2 hari itu bagaikan 2 jam.

Sebenarnya, aku nak gelak jahat jap…

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!~

Kau tidak berseorangan wahai rakanku.. Masih ramai lagi yang menemani. Cuma aku… yang agak bernaseb baik. Bernasib baik kerna telah menghadapi saat itu terlebih dahulu. Tapi, masih ada yang belum selesai beb! relakslah!~

Dimana sifat macho dan koolmu?

Bukankah kau biasanya maintain macho? Tapi aku percaya kau tetap akan kool sahaja. Kau kan kesayangan Pak Amid!~ (sebenarnya aku tidak memerli ok?)

Pesanan aku, silalah buat muka confident. Itu sahaja kata kuncinya. Itu nasihat daripada seorang Pensyarah berpangkat doktor kau tahu!!!! Konfident sahaja yang penting. Salah tidak menjadi masalah! Kita kan belajar!

Aaaaaahhh…… Panjang sangat nasehat kepada seorang rakan yang sedang bizi itu….

Sebenarnya, memang hari minggu terlalu pendek lah!

PM baru, silalah dengar cadangan saya. Jadikanlah weekend 3 hari! tolonglah! inilah suara rakyat yang mahukan perubahan!~ 2 hari tidak cukup!

sebelum bercerita, adalah ingin memaklumkan bahawa hari minggu disini ialah hari jumaat dan sabtu.

Pada hari khamis. Pelbagai perancangan untuk menyiapkan assignment telah di setkan di dalam kepala benak seorang budak benama cik Wanda.

Weekend ni… camne pun, mesti setelkan semua. Yesss..!

Hari jumaat tiba, di pagi hari, menemani ibu ke pasar. Pasar minggu disini  ialah bukan tempat menjual sayur sahaja. Ia juga menjual baju-bajuan dan tudung-tudungan juga! malahan bantal, besen, baldi, dan juga apam balik!! Tidak lupa juga kacang rebus! Maka dengan itu, masa dipasar ialah sangat lama!~ sampai ke tengahari sehingga ibu membuat keputusan untuk tapau sahaja lunch untuk kami bertiga. Cik wanda, ibu, dan bapa.

Dipetang hari, membantu bapa saudara pula. Yang pergi kursus dan meminta bantuan cik wanda untuk menjemput anak kesayangan di airport kota bharu. Okey, mestilah pergi awal sedikit sebab mungkin boleh makan-makan dahulu. Flight sepatutnya pukul 7.20am didelaykan sehingga 10.50pm! Bukan kerana cuaca, tapi kerana kesilapan teknikal pihak pengurusan!

” shit air asia” – kata-kata seorang sepupu.

” lepas ni, haram air asia” – kata-lata seorang bapa saudara melalui sms.

menunggu seorang sepupu sehingga lewat malam dam sampai kerumah lewat malam kuasa dua!

Ahh…. sudah sehari hari minggu berlalu! berbaki lagi sehari!

Di hening sabtu (kehkehkeh… sile jangan marah cikwanda menggunakan perkataan hening itu!).. membantu ibu vacuum rumah, mop lantai dan mengelap almari yang berhabuk. Sehingga tengahari!

Tengahari pula, berjanji dengan ibu untuk men eksperimen pai tee! sejenis makanan kegemaran ramai termasuk, ibu, bapa dan saudara mara sekalian alam.  Eksperimen dijalankan dan ia menjadi! sehingga ke petang mengeksperimenkan diri. ( gile lambat nak mampos nak buat kulit pai tee!)

Dan sebelah malam pula, tiba konsert akademi fantasia, sesi iron baju bla bla bla…

o0o0pppsss! weekend dah hampir tamat!~ sehingga terjadinya entry ini. Satu pun benda yang diazamkan tidak dibuat! mengapa weekend 2 hari sahaja? itu saja persoalannya! kalau esok weekend kan bagus… leh la wat assignment.

Sila ambil perhatian. Kami sepakat untuk mahukan weekend 3 hari selepas ini. Tolong lah datuk seri najib. Cik wanda janji takkan merepek seperti ini lagi kalau PM bagi weekend tiga hari…..

Sekian ucapan saya pada malam ini.

Terima kasih kepada yang sudi menbaca.


Advertisements

aku kene ke spital? Huhuhu.

Saye nak bagitau. Kazen saya saket. Lagi. Demam je pun. Tapi die ske kene masukkan spital. Sebab demam biasenye bukan demam biase. Demam luar biase. Luar biasa punye demam. Argh.

Bile die demam,

Die kene masuk spital (aik? ulang lagi?). Sebab, ala.. kan da cakap kat atas tu..

Bile die masuk spital,

Takde orang nak jage die. Mak die keje. Mak die keje nurse. Di spital yang same die nak masok nanti. Tapi keje tetap keje, kene jage patient laen. Bukan jage anak sdirik je. Mak die keje kat department emergency (eh, btol ke sebut department? halal je la k..) . Die mestila kene masuk wad kan. So, tempat mereka berlainan.

Bile da takde orang nak jage die,

Sudah tentula aku kene jage die. Sebab, aku la manusia yang paling sesuai. Tak keje, boleh drive ulang alik dari umah ke Kota Bharu (Since spital tu kat Kota Bharu, Kelantan n umah saye kat Besut, Terengganu). Tapi sejam je da leh sampai. Tapi kene la ulang alik hari-hari. Mama saye ( ibu pesakit) suh tido je kat hospital tu. Tapi OMG, saye tak sanggup. Saye takot. Sape suh Mama saye cite pasal macam² citer hantu kat situ. Tak sanggup.

Owh, lupe nak cakap, name spital yang dimaksudkan ialah Hospital Pakar Perdana Kota Bharu. Kalo nak tak (sile nak tau semua orang!!!), spital tu cam ade jugak kesah-kesah hantunye. Hahaha. Standard Sebuah Spital la kan. Ade banyak citer tapi saye tak larat nak mention kat sini. Tapi yang paling wat saye takot bile Mama saye cite hantu suke naek lif. Huhuhuhu. Sumpah tanak tido kat sane. Takot!

Balek smule kat kazen saye, die mmg ske masuk wad kat spital tu. Mentang-mentang ade insurance cover. Memanjang je masuk ward. Mama saye kate, rugi la kalo tak menggunakan. Lepas masuk ward, insurance siap bagi duet lagi. Sehari for 100 kot. Means, kalo masuk spital 5 hari, kazen saye dapat 500. Kaya. Kaya. Bagos kan insurance tu? Ok, rakan-rakan, sile amek insurance sebelum terlambat. Esp yang pempuan. Baru la tak susah nanti. Kot² nak terberanak ke ape ke. Insurance yang kazen saye amek ialah Prudential. ( Saya tak promote, tapi bagitau je)

Eh! Back to the topik. Saye kene jage die. Siang sahaja sampai kol 9 malam. Bagaimanakah caranya? Menjage seorang budak 5 tahun kat hospital. Saye tak reti sangat. Saye kene bersedia la kot.

  1. Bawak lappy! sebab mama kate kat situ ade wifi. ( hooyeah!!)
  2. Dan juga harddisk jangan lupe. Sebab ade game, crite² dan semue. Kot la bosan. Mane tau si budak tu bosan. Leh la maen game ke, tgk Madagaskar ke. Pape je la.
  3. Beli Magazine b4 ke sane. Kot la nak tengok² gambar kat magazine.
  4. Bawak baju untuk esok. In case malam karang time nak balek tetibe saye rajen plak nak dok kat tat scary place atau tetibe saye malas drive balek ke rumah.
  5. Handphone, mestila!~ Dengan charger skali.
  6. Bawak la pape makanan yang patot. Hahahaha~ nak gi jage orang saket ke nak gi bekelah hah? beriyeee nau!

HooYeah.. da list down. Jadi saye kene la pegi pagi ini juge.

TAPI KAN

Tetibe, telefon berbunyi…

Liniey, tak jadi la jage faeqah. Sebab die macam da nak sehat je. Tak jadi bawak gi spital. Tapi die pesan jugak suh Kak Lini mai sineh. Kate da janji nak ajar die maen game.

Ouch!~ Mama kol. Tak jadi? OK, Alhamdulillah. Sebab die da sehat. Saye tak payah gi jage. Lalalala. Gile ah, penat saye plan. Macam² tau. Da list down pun! aduyyaii~~~~

Yang si budak tu plak, bukan maen nak tuntut janji. Hahahaha. Saye tabur janji palsu sbenanye. Sabab nak suh die makan + minum susu. Hahahaha. Jahat. Erk, jahat? Nanti la saye tunaikan janji saye. Kalo rajen. Kalo. Kalo. Kalo.

K la. Da tamat pun crite tak best…

TATA

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Cik Liniey