~study hard~

aku kan.

benci sangat bile orang kate belajar tu senang.

belajar tu tak penat.

” ala, kamu belajar takpe la.. tak penat… saye ni keje.. penat tau tak”

erkk….~

” ala.. kamo blaja bukan penat pun”

Haaallllooo……..

belajar pun penat okey?

nak kene gune otak neh…

pastu, nak ulang alik gi library carik buku lagi….

pastu nak kene dende lagi kalo lambat antar buku kat library. 20sen sehari tau!

guna otak, energy dan duit!

Siang ade kelas. Nak-nak kalo kelas yang part time lecturer ajar. mau sampai ke kol 7 tau!

Malam nak kene wat FYP lagi.

tu blom nak tengok assignment lagi!

sampai nak tido pun leh pikir-pikir lagi planning untuk esok bagi mencompletekan PEMBELAJARAN saye!

sape kate blajar senang?

haish, men sedap mulut je… benci btol!

Kalo la blaja tu senang, takde la orang brenti blaja.

takde la orang gile sebab telebey blaja.

takdela orang tekanan sebab belajar.

So, pls. do take note.

blajar ialah TIDAK sesenang yang kamu kate dan pikir dan rase.

Tolong pikir jugak kepenatan menjadi seorang pelajar kalo tanak kene lempang.

keje laen.

keje gune energy. Tapi dapat duet.

Balik keje ialah rest. tido.

kalo blajar, balik kelas ialah buat assignment dan Final Year Project.

Satu lagi,

aku hangen tol kalo orang cakap kos yang aku blaja ni senang.

kalo senang, tayah la nak ade subjek ni kat universiti kan.

kalo senang, mesti la budak darjah satu pun tros pandai kos ni kan?

” ala.. korang takpela senang. Bace je”

Hey, mane ko tau senang? cube datang blaja ngan aku tengok!~ agak-agak ko dapat 100 markah tak?

.. MAAF, SAYE BEREMOSI DITENGAH MALAM ..

sebab saye benci orang cakap blajar tu senang!

blaja tu susah tau!

Ucapan Saya Pada Malam Ini

Isnin, jangan tiba terlalu cepat, Ahad, singgahlah lebih lama, dan kau Sabtu, alangkah indahnya jika kau boleh memperlahankan waktu. Oh ya Jumaat, tolong jangan sesakkan kepala otak aku.

Memetik kata seorang rakan aku. Rakan yang hari minggu nya terlalu sesak baginya. Berbanding dengan entry yang sebelumnya. Saban mingu merungut tentang kebosanan hari minggunya. Hari ni? baru la kau rasakan 2 hari itu bagaikan 2 jam.

Sebenarnya, aku nak gelak jahat jap…

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!~

Kau tidak berseorangan wahai rakanku.. Masih ramai lagi yang menemani. Cuma aku… yang agak bernaseb baik. Bernasib baik kerna telah menghadapi saat itu terlebih dahulu. Tapi, masih ada yang belum selesai beb! relakslah!~

Dimana sifat macho dan koolmu?

Bukankah kau biasanya maintain macho? Tapi aku percaya kau tetap akan kool sahaja. Kau kan kesayangan Pak Amid!~ (sebenarnya aku tidak memerli ok?)

Pesanan aku, silalah buat muka confident. Itu sahaja kata kuncinya. Itu nasihat daripada seorang Pensyarah berpangkat doktor kau tahu!!!! Konfident sahaja yang penting. Salah tidak menjadi masalah! Kita kan belajar!

Aaaaaahhh…… Panjang sangat nasehat kepada seorang rakan yang sedang bizi itu….

Sebenarnya, memang hari minggu terlalu pendek lah!

PM baru, silalah dengar cadangan saya. Jadikanlah weekend 3 hari! tolonglah! inilah suara rakyat yang mahukan perubahan!~ 2 hari tidak cukup!

sebelum bercerita, adalah ingin memaklumkan bahawa hari minggu disini ialah hari jumaat dan sabtu.

Pada hari khamis. Pelbagai perancangan untuk menyiapkan assignment telah di setkan di dalam kepala benak seorang budak benama cik Wanda.

Weekend ni… camne pun, mesti setelkan semua. Yesss..!

Hari jumaat tiba, di pagi hari, menemani ibu ke pasar. Pasar minggu disini  ialah bukan tempat menjual sayur sahaja. Ia juga menjual baju-bajuan dan tudung-tudungan juga! malahan bantal, besen, baldi, dan juga apam balik!! Tidak lupa juga kacang rebus! Maka dengan itu, masa dipasar ialah sangat lama!~ sampai ke tengahari sehingga ibu membuat keputusan untuk tapau sahaja lunch untuk kami bertiga. Cik wanda, ibu, dan bapa.

Dipetang hari, membantu bapa saudara pula. Yang pergi kursus dan meminta bantuan cik wanda untuk menjemput anak kesayangan di airport kota bharu. Okey, mestilah pergi awal sedikit sebab mungkin boleh makan-makan dahulu. Flight sepatutnya pukul 7.20am didelaykan sehingga 10.50pm! Bukan kerana cuaca, tapi kerana kesilapan teknikal pihak pengurusan!

” shit air asia” – kata-kata seorang sepupu.

” lepas ni, haram air asia” – kata-lata seorang bapa saudara melalui sms.

menunggu seorang sepupu sehingga lewat malam dam sampai kerumah lewat malam kuasa dua!

Ahh…. sudah sehari hari minggu berlalu! berbaki lagi sehari!

Di hening sabtu (kehkehkeh… sile jangan marah cikwanda menggunakan perkataan hening itu!).. membantu ibu vacuum rumah, mop lantai dan mengelap almari yang berhabuk. Sehingga tengahari!

Tengahari pula, berjanji dengan ibu untuk men eksperimen pai tee! sejenis makanan kegemaran ramai termasuk, ibu, bapa dan saudara mara sekalian alam.  Eksperimen dijalankan dan ia menjadi! sehingga ke petang mengeksperimenkan diri. ( gile lambat nak mampos nak buat kulit pai tee!)

Dan sebelah malam pula, tiba konsert akademi fantasia, sesi iron baju bla bla bla…

o0o0pppsss! weekend dah hampir tamat!~ sehingga terjadinya entry ini. Satu pun benda yang diazamkan tidak dibuat! mengapa weekend 2 hari sahaja? itu saja persoalannya! kalau esok weekend kan bagus… leh la wat assignment.

Sila ambil perhatian. Kami sepakat untuk mahukan weekend 3 hari selepas ini. Tolong lah datuk seri najib. Cik wanda janji takkan merepek seperti ini lagi kalau PM bagi weekend tiga hari…..

Sekian ucapan saya pada malam ini.

Terima kasih kepada yang sudi menbaca.


Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Cik Liniey