Terima Kasih, Kasih!

 

Awal bulan jadi sawan
Bayar kereta, oh rumah sewa
Bil api, air, internet adanya

PTPTN terus mengejar
Mujur aku bukan pengguna kad ajaib
Jika tidak jual bulu aku membayarnya

Tengah bulan cukup-cukup makan
Semua berkira
Yang kurang masuk buku tiga lima, yang lebih dilupa

Ini masa tuntut hutang lama
Hal duit pun boleh jadi gaduh
Yang paling pemurah pun boleh jadi kedekut

Akhir bulan tumpang kawan
Saban hari membelek kalendar
Menghitung tibanya tarikh keramat

Ini masa untuk mengeluh
Harga barang naik, harga minyak naik
Tapi sebaik saja masuk gaji, menyepi

Apa yang aku cuba katakan di sini
Tak kira awal bulan, tengah bulan, akhir bulan, kau tetap meneman
Walau kita cuma membawa bekal dan makan di tepi jalan
Malah ku tak mampu menelefonmu sejam setiap malam

Namun kau tetap mahukan aku
Terima kasih, kasih!

 

(credit to: Waniardy~)

 

About wanda

Puan Wanda + an ibu to Muhammad Zill Zafar

5 responses to “Terima Kasih, Kasih!

  1. erinsuhaimin

    terma kasih kasih!!😛

    Jawapan saye: kasih terima, kasih.. haha:p

  2. sama-sama….

    Jawapan saye : Sama-sama rama-rama.. eh.. kasih kau mana ni?

  3. bunyi mcm dah ‘menang’ je wanda…hehehehek

    Jawapan saye: Tak menanglah! menyerah untuk menang sahaja…🙂

  4. erinsuhaimin

    ahli panel mengomen!!😛

    Jawapan saye : Bukan mengomen tu.. mengomel jee.. hehe.

  5. wandauzzz05

    huhuhuhu.. penggune kad ajaib?? bukan ker dah terjebak.. bayakl sungguh ariani itu.. huhuhu…

    jawapan saye: haip! mane ade sayang… hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Cik Liniey

%d bloggers like this: