Goreng Pisang SuamSuam Kuku

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. Maha Sedap!

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. masih+akan terus menjadi port kegemaran pada sore

Kau mahu tahu?

Pertama kalinya dalam sejarah. Aku berlumba-lumba untuk register subjek.

Tidak pernah aku buat begitu. Sedangkan semester lepas pun, rakanku terchenta mandaftarkan untuk aku.

Pendaftaran dibuka 30hb. Maka pada jangkaan aku bersama rakan-rakan, ia dibuka seawal jam 00.00 lagi. Nyata hiperbola cerita rekaan aku semua meleset kerana ia dibuka lebih awal. Seawal 11.50 aku mencuba. Ingin mencuba menjadi orang pertama.

Cis! aku bukan orang yang pertama! Punah harapan dan angan² tin  kosong! Bunyi sahaja bising! Isinya tetap tiada.

Sudahla penat berperang minda dan perasaan bersama rakan² untuk memilih subjek kegemaran! Semua mahu yang cemerlang gemilang terbilang. Pelbagai analisis dilakukan oleh mereka untuk setiap subjek elektif itu. Pilih 2 daripada Lima. Susah bukan?

Ia lebih susah daripada memilih soalan pilihan untuk dijawab ketika exam, bahkan, lebih susah daripada memilih calon menantu! percayalah! Ianya sukar. Sukar kerana terlalu banyak pendapat. Pelbagai hasutan dan pujian ke atas semua subjek!

Seawal 11.50 pm. [ok, belom masuk 30march]. Aku mencoba naseb. Manalah tahu, untung polisterin, timbul dipermukaan air dan menyebabkan pencemaran. Saat 11.50pm itulah aku bukan menjadi orang pertama. Orang ketiga mungkin! haish…! Tak puas hati!

Sepintar pintas kilat aku mendaftar dan tidak lupa memaklumkan kepada rakan seperjuangan! Rakan seperjuangan yang masih sibuk dengan dunia analisis!

” klik daftar”

Selapas diklik. Status available untuk subjek elektif kegemaran, 10 mendaftar dan 30 kekosongan!~ Pada kiraan dan analisa yang telah dibuat, ada 8 manusia lain yang mendaftar pada masa yang sama dengan aku. 10 mendaftar bermakna aku, manusia ganjil yang menjadi orang pertama itu dan 8 lagi yang lain! Semangat bukan? Mereka sungguh bertungkus lumus untuk mendaftar secara pantas! Tahniah kepada semua!

Sepanas panas goreng pisang, panas lagi subjek elektif ‘facility management’ itu! Dalam masa setengah jam, kelas sudah full house! pertama kali dalam sejarah. Student batch aku memfullhousekan kelas sepantas kilat itu! banjir kilat pun tidak sepantas itu pada kiraan aku.

Untuk maklumat semua, kelas itu limited kepada 40 manusia pertama yang berminat sahaja. Dan pada perkiraan penganalisis tidak bergaji aku, semua budak kelas aku berangankan subjek itu kecuali tuan empunya penganalisis tidak berdaftar itu. Maka, tidak hairanlah ia ditransform menjadi  goreng pisang panas!

Subjek pilihan kedua panas fullhouse pada kira-kira pukul 1 pagi. Masih lagi panas walaupun suamsuam kuku. ‘Project Management’ – tidak mempunyai peminat seramai Facility Management, tapi masih menjadi pelengkap kepada yang tidak lengkap. Rakan-rakan seakan gerun dengan lecturernya. India pure fly all da way from bollywood city! Satu ungkapan ajaib, Tak kenal maka tak cinta, tak cuna maka tak tau! Mana tahu, dia bukan seperti yang dijangkakan. Mana tahu pembelajaran bersamanya bukan seperti yang kita bayangkan. Cubalah rakan-rakan. Berjuang untuk hidup! Bukankah Agi idup agi ngelaban?

Daftar subjek punya cerita. Boleh menaip entry sepanjang ini. Musykil! Tapi inilah kenyataan!

Ada yang sanggup berada di cc seawal 11.30 malam. Ada yang berlari lari anak ke cc pada pukul 12 malam. Ada juga yang menelefon rakan karib membutuhkan pertolongan. Inilah gunanya kawan. Apa guna berkawan kalau tak mahu tolong!

‘ Apa yang penting, kerjasama!’

Apapun peristiwa, apa yang jelas dan hakiki, Aku gembira kerana telah mendaftar dengan jayanya. Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sungguh kasihan kepada mereka yang tak bisa memilih. Siapa suruh kau tidak bersemangat seperti kami? jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih!

Alah, subjek lain pun tidaklah tidak hebat. Cuma tidak menjadi goreng pisang panas sahaja!

Dalam keasyikan mendaftar subjek. Perkhabaran tidak gembira tercipta. Panggilan mengatakan atok saudara sedang tenat. Ayah bergegas dan aku tunggu dirumah. Penantian satu penyeksaan – panggilan diterima beliau telah kembali Rahmatullah. Allah lebih sayangkan beliau!

AL-FATIHAH

About wanda

Puan Wanda + an ibu to Muhammad Zill Zafar

15 responses to “Goreng Pisang SuamSuam Kuku

  1. wanda

    hai.. nadxoxo..
    bile mau kawen meyh..

  2. sue

    ha ha. time daftar subjek aku tgh kat atas PLUS highway. mujur ada kawan baik yang bersemangat waja seperti kau.😉

  3. awa

    adoi! bestnye pisang goreng!!!

  4. windu cendawan goreng.. kat sini tak jumpe😦

  5. alfatihah…

    ~

    haha, entri kau memang macam siot…aku nak menyelit..aku orang pertama daftar GIS..hahaha..bangga aku…

  6. Pingback: Call Me Mr. GIS « Fairuz Mokti

  7. wei
    u dah abes pract ke

  8. wanda

    fairuz:
    lalalalala… mr GIS.

    nieja:
    Lom lagik ah!~ da buhsan ai!~

  9. tameent

    wahhhhhhhhhhhhhh..gler kagom ngan kamo..tahu kamo sgt bersemangat waja..

    owh..fm etu subject elektif yer..

    sy sgt sedey pasal hal ritu..n today..dat guy mintak maaf 2 me .. tp mls nk pk..pastuh kiru grad bulan 8 neyh while me n kak zura maseh meneruskan hedup menyiapkan 1 elektif dlm fac n 2 elektif luar n koK..hahha..apai..aku da amek GIS 1st year dlu😉

    kabar berita gembira d sana..kongsi juga d sini yer..

  10. tameent : GIS best kan.kan kan..? hehe…

  11. tameent

    haha..bes ker? no coment..

    sbb mcm asgnmt yg kena buat..mcm kiru buat sorg..haha..sbb tader software so susah sket nk buat..

    okey kowt..selamat yer incik apai..

    wanda…sy sdg menghadapi saat genting..lagi 4 paper..huks

  12. wanda

    dr buang kate, tak amek gis pun xpe. leh blajar sendiri.. hehehe.

  13. dr buang tu pun aku rasa takut nak amek GIS dulu agaknya…

    mungkin dia memang tak terer mana pasal hal² perkomputeran ni…

    dan mungkin jugak dia bengang dengan GIS ni disebabkan pak hamid..haha..

    tapi kalau nak belajar sendiri memang agak sukar la..makan masa lama…aku cuma nak ade lagi satu soft skill tambahan je..itu antara sebab aku pilih GIS…

  14. gile ar hebat sape yang amek GIS tu..
    SUSAH tahap cipanzi okey!!!
    grrrr

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Cik Liniey

%d bloggers like this: