Goreng Pisang SuamSuam Kuku

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. Maha Sedap!

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. masih+akan terus menjadi port kegemaran pada sore

Kau mahu tahu?

Pertama kalinya dalam sejarah. Aku berlumba-lumba untuk register subjek.

Tidak pernah aku buat begitu. Sedangkan semester lepas pun, rakanku terchenta mandaftarkan untuk aku.

Pendaftaran dibuka 30hb. Maka pada jangkaan aku bersama rakan-rakan, ia dibuka seawal jam 00.00 lagi. Nyata hiperbola cerita rekaan aku semua meleset kerana ia dibuka lebih awal. Seawal 11.50 aku mencuba. Ingin mencuba menjadi orang pertama.

Cis! aku bukan orang yang pertama! Punah harapan dan angan² tin  kosong! Bunyi sahaja bising! Isinya tetap tiada.

Sudahla penat berperang minda dan perasaan bersama rakan² untuk memilih subjek kegemaran! Semua mahu yang cemerlang gemilang terbilang. Pelbagai analisis dilakukan oleh mereka untuk setiap subjek elektif itu. Pilih 2 daripada Lima. Susah bukan?

Ia lebih susah daripada memilih soalan pilihan untuk dijawab ketika exam, bahkan, lebih susah daripada memilih calon menantu! percayalah! Ianya sukar. Sukar kerana terlalu banyak pendapat. Pelbagai hasutan dan pujian ke atas semua subjek!

Seawal 11.50 pm. [ok, belom masuk 30march]. Aku mencoba naseb. Manalah tahu, untung polisterin, timbul dipermukaan air dan menyebabkan pencemaran. Saat 11.50pm itulah aku bukan menjadi orang pertama. Orang ketiga mungkin! haish…! Tak puas hati!

Sepintar pintas kilat aku mendaftar dan tidak lupa memaklumkan kepada rakan seperjuangan! Rakan seperjuangan yang masih sibuk dengan dunia analisis!

” klik daftar”

Selapas diklik. Status available untuk subjek elektif kegemaran, 10 mendaftar dan 30 kekosongan!~ Pada kiraan dan analisa yang telah dibuat, ada 8 manusia lain yang mendaftar pada masa yang sama dengan aku. 10 mendaftar bermakna aku, manusia ganjil yang menjadi orang pertama itu dan 8 lagi yang lain! Semangat bukan? Mereka sungguh bertungkus lumus untuk mendaftar secara pantas! Tahniah kepada semua!

Sepanas panas goreng pisang, panas lagi subjek elektif ‘facility management’ itu! Dalam masa setengah jam, kelas sudah full house! pertama kali dalam sejarah. Student batch aku memfullhousekan kelas sepantas kilat itu! banjir kilat pun tidak sepantas itu pada kiraan aku.

Untuk maklumat semua, kelas itu limited kepada 40 manusia pertama yang berminat sahaja. Dan pada perkiraan penganalisis tidak bergaji aku, semua budak kelas aku berangankan subjek itu kecuali tuan empunya penganalisis tidak berdaftar itu. Maka, tidak hairanlah ia ditransform menjadi  goreng pisang panas!

Subjek pilihan kedua panas fullhouse pada kira-kira pukul 1 pagi. Masih lagi panas walaupun suamsuam kuku. ‘Project Management’ – tidak mempunyai peminat seramai Facility Management, tapi masih menjadi pelengkap kepada yang tidak lengkap. Rakan-rakan seakan gerun dengan lecturernya. India pure fly all da way from bollywood city! Satu ungkapan ajaib, Tak kenal maka tak cinta, tak cuna maka tak tau! Mana tahu, dia bukan seperti yang dijangkakan. Mana tahu pembelajaran bersamanya bukan seperti yang kita bayangkan. Cubalah rakan-rakan. Berjuang untuk hidup! Bukankah Agi idup agi ngelaban?

Daftar subjek punya cerita. Boleh menaip entry sepanjang ini. Musykil! Tapi inilah kenyataan!

Ada yang sanggup berada di cc seawal 11.30 malam. Ada yang berlari lari anak ke cc pada pukul 12 malam. Ada juga yang menelefon rakan karib membutuhkan pertolongan. Inilah gunanya kawan. Apa guna berkawan kalau tak mahu tolong!

‘ Apa yang penting, kerjasama!’

Apapun peristiwa, apa yang jelas dan hakiki, Aku gembira kerana telah mendaftar dengan jayanya. Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sungguh kasihan kepada mereka yang tak bisa memilih. Siapa suruh kau tidak bersemangat seperti kami? jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih!

Alah, subjek lain pun tidaklah tidak hebat. Cuma tidak menjadi goreng pisang panas sahaja!

Dalam keasyikan mendaftar subjek. Perkhabaran tidak gembira tercipta. Panggilan mengatakan atok saudara sedang tenat. Ayah bergegas dan aku tunggu dirumah. Penantian satu penyeksaan – panggilan diterima beliau telah kembali Rahmatullah. Allah lebih sayangkan beliau!

AL-FATIHAH

Advertisements

Owh Indahnya Alam!

Pelik tak bile manusia tak mau menjaga alam sekitar?

ah… bunyik cam pencinta alam sekitar sangat je aku.

kalo bebetol aku pecinte alam skitar, xleh la bli barang² gune plastic bag kan?

macam yang bodyshop buat. Refuse a paper bag! campaign…

Last month, aku gi bli barang kat body shop, diorang bagi paper bag yang sanagt sempoi…

Then a week after, diorang langsung da tak bagi any bag. Paper bag yang recyclable pun tak kasik, ape lagik nak bagi plastic yang da terang² xley nak recycle kan? Bagos!~ support la siket..

marilah support bodyshop campaign!~ Lalalala.

marilah support bodyshop campaign!~ Lalalala.

Rakan-rakan, marilah kita mencintai alam kita! jaga alam skitar. Jaga bumi kita. Support Earth Hour Campaign juge ye…

Seme orang dok kecoh Earth Hour Campaign. Kepo je tak jadik jugak… kene ar support. Marilah kite padam lampu pada 28hb 8.30-9.30 malam… Lalalala…. Mari kita padamkan semua lampu dan alat elektrik ya? bergelap seketika tanda sokong ok? Kalo kita tak wat, sape lagi.

Macam Lini, Taq dan Ming-ming wonderpet kate, ” kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah! Ape yang penting, Kerjasama!~”

Tak perlu naek ‘kebuk terbang wonder pet’ untuk selamatkan bumi. Hanya perlu padamkan lampu untuk sejam sahaja. Da cukup untuk kurangkan global warming!~ Hoooyeah.. mari kawan-kawan.

Sayangi Bumi Kita.

Support Eath Our Campaign!

”]turn off ur light for vote!~ [8.30-9.30pm]** psst!.. big fan AF7. Sile korbankan kunsert anda stengah jam ye.. pe de ngan stengah jam tu… ulangan berpuluh² kali leh tengok ye..!~ lalalala…

Okey. Okey. Lagi pasal earth!

Last week, aku kne gi inspection kat Pulau Rhu whuch is one of da pulau kat Terengganu selaen Pulau Perhentian, Pulau Redang, and Pulau Kapas… cantik. Tapi kecik. N komersial value kurang sebab jarak dia dekat sangat ngan tanah besar.

Back to story!~ aku kene value untuk pindahmilik chalet. Ade orang nak jual and ade yang nak beli. Harge? 1 million. Punye la smangat gi inspection, tgk² tenpat dia adalah sangat tak best ok. Tak terjage and macam sangat kotor. Asal la tak jege.. Sayang gile.. Jual nak mahal plak.. seb baek la ade buyer..!

Yang si buyer tu, memang kene wat banyak gile renovation, and… sile jage pantai dengan baik. Kat situ area banyak coral. Sayang kalo tak jage tu!~ Haish…….

Kalo la dapat kat aku resort tu… pergh… mesti aku upah orang cam saiful apek cam citer duyung tu… hahahaha. Jage pantai bersama monyet bernama orix. Hahahaha. Pastu leh jumpe duyung.

Wahh… Indah!!!!!

BTw, rilly hope owner baru resort tu leh wat resort jadi chantek kembali…

Baru la bes…

cube anda lehat. pantai yang terbiar ini! sungguh menyedihkan.

cube anda lehat. pantai yang terbiar ini! sungguh menyedihkan.

oh. saye kecewa sbenanye dengan pantai itu. Haisshh!

oh. saye kecewa sbenanye dengan pantai itu. Haisshh!

* sila lihat tepian pantai itu. benteng² terbiar… adeih.. sakit mate meyh..

ini resort yang cam terbiar..

ini resort yang cam terbiar..

Hehehehe... jangan marah ye..!~

Hehehehe... jangan marah ye..!~

Hahaha.. last..

silelah tgk keindahan ciptaan Tuhan pule…. kehkehkehkeh..

Allah Maha Besar

Lalalala..

Rutin sebagai penilai lagi..

Aku pegi inspection kat tanah orang yang kerajaan nak amek untuk wat empangan.

tempat die sangat chanteq ok?

sungguh best…

aku rase la, cam sangat chanteq.

takto plak kat tempat aku neh ade tempat indah itu.

Oo0olalalalala~lihatlah itu, indah bukan?

Lepas tu gi makan kenduri..

Siyes die punye lauk bes gile…

Lauk gulai kawah+ayam goreng+ikan kering+sambal

Yummy…~

resume

kenapa pause?

itu soalan yang takde jawapan.

Kejadian satu

Aku gi K.L…

Last week nye citer la ni.

Knape? Saje² plus ade besday party.. (erk…)

Aku nek Bas. Da dok lame dalam bas kan, Tetibe cam da lege je sebab kat sebelah aku cam xde orang. Hooorey!~ Leh aku menakhluk mimpi yang indah di dalam bas! yes!

Tapi umpama mimpi dalam mimpa ( eh, ade kan tajok lagu neh? ). Datang ah sorang manusia.

” Awak, beg kite same la… !”

waaahh.. bangangnye! then die dok sbelah aku

Ade gak ke nak beg same ngan aku? dok sbelah plak tu. Da la aku bawak beg laptop tapi tak isi laptop. Aku rase mamat tu pun, mesti cam aku. Menyalahgunakan function beg laptop. Haha.

” ade gak ke manusia dok sbelah aku… cis… kacau la!” – dalam ati je la yang mampu… sesambil wat muke baek ati sopan dan ayu.. lalalala.

” awak, nanti jangan tetukar da la beg neh ye.. bahaye tu”

okey. aku wat muke senyum kelat mannis. Pastu diam. Hey, aku teda mood mau borak.Aku ngantok la!

” awak, nak gi kl ke?”

Ya Rabbi… lagi mau tanya ka? Kau ada nampak bas neh tulis nak gi jb ke? ( ok, dalam ati je aku mampu sumpah sranah)

” Erk, knape? bas neh nak gi tempat laen ke?”

” Gi kl la kan?”

” Da tu nak gi mane lagi. Da terang² tulis”

~ Ahhh… Part paling bosan dalam bas!~

Baru je nak tlelap…

” awak blaja ke?”

Hey, orang nak tido la! Ape punye manusia la die neh.. Tolong la jangan jadi macam orang itu kalau anda seme nak nek bas!

Sampaikan, makcik ngan pakcik sbelah tanya. “kawan ke?” sebab beg sama n banyak je bcakap.

Sampai ke tahap macam tu tau tak!!!!!

Da sampai kat tempat brenti,

” awak jom ah turun minum, saye blanje”

Hahahaha… aku nak tido la wei.

” er, takpela. saye nak tido. ngantok”

Pelik kan… mesra tanpa memikirkan orang macam aku neh nak tido…..

Dalam dok beperang ngan emosi.. ( haha, ade gak la pekataan emosi). Mamat tu ade la bagi kad. Name pe ntah. Sharul ke ape… Tapi yang paling bes, die keje JPJ.. JPJ…

Kahkahkah. Esh, neh nak kene berbaek neh… dekat ibu pejabat terengganu plak tu… itukan sudah bagus… Seb baek aku tak memberikan sumpah seranah yang terlalu berat. Kahkahkahkah.

” ape no phone awak eh?”

” 01 bla bla bla…. sms ah kalo free. “ Okey, aku jawab ngan confident. Aku bagi no mngarut². Hahahaha… siap suh sms lagi.. mampos ah…

Takpe, aku kan ade kad die.. kalo ade pape yang berkaitan leh je sms. Contohnya, saman! ohye, aku ade saman nak kene langsai. Speedtrap. Ampeh punye JPJ….

Sekian, cite JPJ yang ampeh saman aku ngan abang JPJ yang ampeh gile banyak cakap kacau aku tido kat dalam bas. Moral of da story, jangan nek bas sebab lame sangat perjalanannye sampai kebas bontot dan jangan naek bas yang berjenama mahligai sebab seat die hell punye tak bagos. Keras beserta sempit. Ditrambah pula dengan pakej mamat sbelah yang kacau tido. sila amek pengajaran kesah ku ini.

Sekian.

* adalah dimaklumkan bahawa cerita di atas adalah diringkaskan yang teramat sangat.

pause

.pause.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Cik Liniey