mari ke youthsays!~

•April 25, 2009 • 11 komen

Wah.. da lame tak post entry.

Sebab ngade² bizi

Memembe pun bising kat face book…

Kehkehkeh. Jangan marah!

Eh, prasan tak, pas frindster semue orang sebok² survey…

pastu maen tag² kat blog plak…

Maka aku pun konon² lari ar ke facebook.

tgk² skang facebook… Mak aih.. meriah ngan survey tu je..

mrepek gile survey die…

adakah anda menantu kesayangan? laaa…

which animal are you? la….

plus plus macam²..

Haish.. tak paham tol

yang tak tahannye! ramai gile yang dok jawab bende alah tu..! hairan!

Yang lagi hairan, aku pun gi join gak!!! damn…

wey.. ape pekdahnye…. jawab.. jawab.. ntah pape je…

(okey, aku kate kepade diri sendiri juge!)

Hahahahaha..

sob.. sob.. sob.. insaf!~

Dalam aku dok menyervey, aku baru tau ade 1 site neh….

Sangat best weh!!

setiap survey kite dibayar ape…

baru ar bebaloi…

aku baru je nak start kumpul..

Hahahaha… korang jangan jeles eh? aku da kumpul RM2.50..

( biar ar RM2.50, nak gak kecoh²! – ske ati aku laaa!)

Nanti pas da cukup RM50, katenye cheque akan dihantar…

okey. okey.. aku test je…

mane la tau dapat…

bebaloi gak aktiviti peng onlinan aku neh…

hehehehe…

Mari la rakan-rakan…

menabung bersama saya!

yang tanam anggur, mahupun jobless ataupun jobfull pun leh join…

hehehe..kehkehkeh.. aku promote la plak…

marila rakan²!

Ngeee….!~

aku da join, kau orang bila lagi?

Lalalala…

meh nak citer sket pasal benda alah tu…

ia adalah youthsays..

macam kite bagi pendapat kite ar..

ramai la manusia-manusia penyervey yang create survey ru..

antaranya astro, secret recipe bla bla bla…

diorang pun saje la kot nak tgk kite nye says

ngeee….

setiap survey yang kite jawab, ade la harge die…

takla mahal sangat. ciput je.

tapi

sikit-sikit lama kan jadi bukit!

bukankah begitu.

sekurang-kurang kite membuat seswatu yang berfaedah untuk diri sendiri dan masyarakat…

waaa… bestnyeee!~

hikhikhik.

youth of the nation btol i neh..

tetibe di transform menjadi itu!

sesape nak ekot jejak langkah kaki comel aku..

ehm, nak banyak info lagi, kelip jugak kat bawah itu..

lalalala

marilah kelip dibawah itu…!

Best wa cakap lu!!!  hehehe….



Tetibe aku jadik seorang belia yang berwawasan plak..

kehkehkeh..

eh lagik satu.. aku cam tringin ah…

Nak join any community ke, club ke…

cam bez je…

sangat comel je tgk ade club wat aktiviti diorang.. cycling, family day, bla bla bla..

Nak! nak! tapi kat ne ah?

sile beritahu saye rakan² sekalian!


LAND FOR SALE

•April 20, 2009 • 8 komen

PROPERTY FOR SALE

. vacant land / plot .

. In area of Kampung Raja or Kota Putera .

. strategic location : in front of SM Teknik Besut .

. suitable for residential and commercial use .

. 5000m from Kota Putera .

. Surrounding area : Schools, mini stadium, sport centre, dustrict administration centre, residential & commercial, education centre .

. Only 3km road distance to Bukit Keluang Beach .

. 6km road distance to Perhentian island jetty .

AREA : 0.25 acre

PRICE : RM 85,000 (NEGOTIABLE)

HURRY UP!

do contact me!~

012-9651371

Ucapan Saya Pada Malam Ini

•April 12, 2009 • 11 komen

Isnin, jangan tiba terlalu cepat, Ahad, singgahlah lebih lama, dan kau Sabtu, alangkah indahnya jika kau boleh memperlahankan waktu. Oh ya Jumaat, tolong jangan sesakkan kepala otak aku.

Memetik kata seorang rakan aku. Rakan yang hari minggu nya terlalu sesak baginya. Berbanding dengan entry yang sebelumnya. Saban mingu merungut tentang kebosanan hari minggunya. Hari ni? baru la kau rasakan 2 hari itu bagaikan 2 jam.

Sebenarnya, aku nak gelak jahat jap…

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!~

Kau tidak berseorangan wahai rakanku.. Masih ramai lagi yang menemani. Cuma aku… yang agak bernaseb baik. Bernasib baik kerna telah menghadapi saat itu terlebih dahulu. Tapi, masih ada yang belum selesai beb! relakslah!~

Dimana sifat macho dan koolmu?

Bukankah kau biasanya maintain macho? Tapi aku percaya kau tetap akan kool sahaja. Kau kan kesayangan Pak Amid!~ (sebenarnya aku tidak memerli ok?)

Pesanan aku, silalah buat muka confident. Itu sahaja kata kuncinya. Itu nasihat daripada seorang Pensyarah berpangkat doktor kau tahu!!!! Konfident sahaja yang penting. Salah tidak menjadi masalah! Kita kan belajar!

Aaaaaahhh…… Panjang sangat nasehat kepada seorang rakan yang sedang bizi itu….

Sebenarnya, memang hari minggu terlalu pendek lah!

PM baru, silalah dengar cadangan saya. Jadikanlah weekend 3 hari! tolonglah! inilah suara rakyat yang mahukan perubahan!~ 2 hari tidak cukup!

sebelum bercerita, adalah ingin memaklumkan bahawa hari minggu disini ialah hari jumaat dan sabtu.

Pada hari khamis. Pelbagai perancangan untuk menyiapkan assignment telah di setkan di dalam kepala benak seorang budak benama cik Wanda.

Weekend ni… camne pun, mesti setelkan semua. Yesss..!

Hari jumaat tiba, di pagi hari, menemani ibu ke pasar. Pasar minggu disini  ialah bukan tempat menjual sayur sahaja. Ia juga menjual baju-bajuan dan tudung-tudungan juga! malahan bantal, besen, baldi, dan juga apam balik!! Tidak lupa juga kacang rebus! Maka dengan itu, masa dipasar ialah sangat lama!~ sampai ke tengahari sehingga ibu membuat keputusan untuk tapau sahaja lunch untuk kami bertiga. Cik wanda, ibu, dan bapa.

Dipetang hari, membantu bapa saudara pula. Yang pergi kursus dan meminta bantuan cik wanda untuk menjemput anak kesayangan di airport kota bharu. Okey, mestilah pergi awal sedikit sebab mungkin boleh makan-makan dahulu. Flight sepatutnya pukul 7.20am didelaykan sehingga 10.50pm! Bukan kerana cuaca, tapi kerana kesilapan teknikal pihak pengurusan!

” shit air asia” – kata-kata seorang sepupu.

” lepas ni, haram air asia” – kata-lata seorang bapa saudara melalui sms.

menunggu seorang sepupu sehingga lewat malam dam sampai kerumah lewat malam kuasa dua!

Ahh…. sudah sehari hari minggu berlalu! berbaki lagi sehari!

Di hening sabtu (kehkehkeh… sile jangan marah cikwanda menggunakan perkataan hening itu!).. membantu ibu vacuum rumah, mop lantai dan mengelap almari yang berhabuk. Sehingga tengahari!

Tengahari pula, berjanji dengan ibu untuk men eksperimen pai tee! sejenis makanan kegemaran ramai termasuk, ibu, bapa dan saudara mara sekalian alam.  Eksperimen dijalankan dan ia menjadi! sehingga ke petang mengeksperimenkan diri. ( gile lambat nak mampos nak buat kulit pai tee!)

Dan sebelah malam pula, tiba konsert akademi fantasia, sesi iron baju bla bla bla…

o0o0pppsss! weekend dah hampir tamat!~ sehingga terjadinya entry ini. Satu pun benda yang diazamkan tidak dibuat! mengapa weekend 2 hari sahaja? itu saja persoalannya! kalau esok weekend kan bagus… leh la wat assignment.

Sila ambil perhatian. Kami sepakat untuk mahukan weekend 3 hari selepas ini. Tolong lah datuk seri najib. Cik wanda janji takkan merepek seperti ini lagi kalau PM bagi weekend tiga hari…..

Sekian ucapan saya pada malam ini.

Terima kasih kepada yang sudi menbaca.


Goreng Pisang SuamSuam Kuku

•Mac 30, 2009 • 15 komen

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. Maha Sedap!

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. masih+akan terus menjadi port kegemaran pada sore

Kau mahu tahu?

Pertama kalinya dalam sejarah. Aku berlumba-lumba untuk register subjek.

Tidak pernah aku buat begitu. Sedangkan semester lepas pun, rakanku terchenta mandaftarkan untuk aku.

Pendaftaran dibuka 30hb. Maka pada jangkaan aku bersama rakan-rakan, ia dibuka seawal jam 00.00 lagi. Nyata hiperbola cerita rekaan aku semua meleset kerana ia dibuka lebih awal. Seawal 11.50 aku mencuba. Ingin mencuba menjadi orang pertama.

Cis! aku bukan orang yang pertama! Punah harapan dan angan² tin  kosong! Bunyi sahaja bising! Isinya tetap tiada.

Sudahla penat berperang minda dan perasaan bersama rakan² untuk memilih subjek kegemaran! Semua mahu yang cemerlang gemilang terbilang. Pelbagai analisis dilakukan oleh mereka untuk setiap subjek elektif itu. Pilih 2 daripada Lima. Susah bukan?

Ia lebih susah daripada memilih soalan pilihan untuk dijawab ketika exam, bahkan, lebih susah daripada memilih calon menantu! percayalah! Ianya sukar. Sukar kerana terlalu banyak pendapat. Pelbagai hasutan dan pujian ke atas semua subjek!

Seawal 11.50 pm. [ok, belom masuk 30march]. Aku mencoba naseb. Manalah tahu, untung polisterin, timbul dipermukaan air dan menyebabkan pencemaran. Saat 11.50pm itulah aku bukan menjadi orang pertama. Orang ketiga mungkin! haish…! Tak puas hati!

Sepintar pintas kilat aku mendaftar dan tidak lupa memaklumkan kepada rakan seperjuangan! Rakan seperjuangan yang masih sibuk dengan dunia analisis!

” klik daftar”

Selapas diklik. Status available untuk subjek elektif kegemaran, 10 mendaftar dan 30 kekosongan!~ Pada kiraan dan analisa yang telah dibuat, ada 8 manusia lain yang mendaftar pada masa yang sama dengan aku. 10 mendaftar bermakna aku, manusia ganjil yang menjadi orang pertama itu dan 8 lagi yang lain! Semangat bukan? Mereka sungguh bertungkus lumus untuk mendaftar secara pantas! Tahniah kepada semua!

Sepanas panas goreng pisang, panas lagi subjek elektif ‘facility management’ itu! Dalam masa setengah jam, kelas sudah full house! pertama kali dalam sejarah. Student batch aku memfullhousekan kelas sepantas kilat itu! banjir kilat pun tidak sepantas itu pada kiraan aku.

Untuk maklumat semua, kelas itu limited kepada 40 manusia pertama yang berminat sahaja. Dan pada perkiraan penganalisis tidak bergaji aku, semua budak kelas aku berangankan subjek itu kecuali tuan empunya penganalisis tidak berdaftar itu. Maka, tidak hairanlah ia ditransform menjadi  goreng pisang panas!

Subjek pilihan kedua panas fullhouse pada kira-kira pukul 1 pagi. Masih lagi panas walaupun suamsuam kuku. ‘Project Management’ – tidak mempunyai peminat seramai Facility Management, tapi masih menjadi pelengkap kepada yang tidak lengkap. Rakan-rakan seakan gerun dengan lecturernya. India pure fly all da way from bollywood city! Satu ungkapan ajaib, Tak kenal maka tak cinta, tak cuna maka tak tau! Mana tahu, dia bukan seperti yang dijangkakan. Mana tahu pembelajaran bersamanya bukan seperti yang kita bayangkan. Cubalah rakan-rakan. Berjuang untuk hidup! Bukankah Agi idup agi ngelaban?

Daftar subjek punya cerita. Boleh menaip entry sepanjang ini. Musykil! Tapi inilah kenyataan!

Ada yang sanggup berada di cc seawal 11.30 malam. Ada yang berlari lari anak ke cc pada pukul 12 malam. Ada juga yang menelefon rakan karib membutuhkan pertolongan. Inilah gunanya kawan. Apa guna berkawan kalau tak mahu tolong!

‘ Apa yang penting, kerjasama!’

Apapun peristiwa, apa yang jelas dan hakiki, Aku gembira kerana telah mendaftar dengan jayanya. Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sungguh kasihan kepada mereka yang tak bisa memilih. Siapa suruh kau tidak bersemangat seperti kami? jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih!

Alah, subjek lain pun tidaklah tidak hebat. Cuma tidak menjadi goreng pisang panas sahaja!

Dalam keasyikan mendaftar subjek. Perkhabaran tidak gembira tercipta. Panggilan mengatakan atok saudara sedang tenat. Ayah bergegas dan aku tunggu dirumah. Penantian satu penyeksaan – panggilan diterima beliau telah kembali Rahmatullah. Allah lebih sayangkan beliau!

AL-FATIHAH

Owh Indahnya Alam!

•Mac 27, 2009 • 9 komen

Pelik tak bile manusia tak mau menjaga alam sekitar?

ah… bunyik cam pencinta alam sekitar sangat je aku.

kalo bebetol aku pecinte alam skitar, xleh la bli barang² gune plastic bag kan?

macam yang bodyshop buat. Refuse a paper bag! campaign…

Last month, aku gi bli barang kat body shop, diorang bagi paper bag yang sanagt sempoi…

Then a week after, diorang langsung da tak bagi any bag. Paper bag yang recyclable pun tak kasik, ape lagik nak bagi plastic yang da terang² xley nak recycle kan? Bagos!~ support la siket..

marilah support bodyshop campaign!~ Lalalala.

marilah support bodyshop campaign!~ Lalalala.

Rakan-rakan, marilah kita mencintai alam kita! jaga alam skitar. Jaga bumi kita. Support Earth Hour Campaign juge ye…

Seme orang dok kecoh Earth Hour Campaign. Kepo je tak jadik jugak… kene ar support. Marilah kite padam lampu pada 28hb 8.30-9.30 malam… Lalalala…. Mari kita padamkan semua lampu dan alat elektrik ya? bergelap seketika tanda sokong ok? Kalo kita tak wat, sape lagi.

Macam Lini, Taq dan Ming-ming wonderpet kate, ” kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah! Ape yang penting, Kerjasama!~”

Tak perlu naek ‘kebuk terbang wonder pet’ untuk selamatkan bumi. Hanya perlu padamkan lampu untuk sejam sahaja. Da cukup untuk kurangkan global warming!~ Hoooyeah.. mari kawan-kawan.

Sayangi Bumi Kita.

Support Eath Our Campaign!

“]turn off ur light for vote!~ [8.30-9.30pm]

turn off ur light for vote!~ [28march 8.30-9.30pm

** psst!.. big fan AF7. Sile korbankan kunsert anda stengah jam ye.. pe de ngan stengah jam tu… ulangan berpuluh² kali leh tengok ye..!~ lalalala…

Okey. Okey. Lagi pasal earth!

Last week, aku kne gi inspection kat Pulau Rhu whuch is one of da pulau kat Terengganu selaen Pulau Perhentian, Pulau Redang, and Pulau Kapas… cantik. Tapi kecik. N komersial value kurang sebab jarak dia dekat sangat ngan tanah besar.

Back to story!~ aku kene value untuk pindahmilik chalet. Ade orang nak jual and ade yang nak beli. Harge? 1 million. Punye la smangat gi inspection, tgk² tenpat dia adalah sangat tak best ok. Tak terjage and macam sangat kotor. Asal la tak jege.. Sayang gile.. Jual nak mahal plak.. seb baek la ade buyer..!

Yang si buyer tu, memang kene wat banyak gile renovation, and… sile jage pantai dengan baik. Kat situ area banyak coral. Sayang kalo tak jage tu!~ Haish…….

Kalo la dapat kat aku resort tu… pergh… mesti aku upah orang cam saiful apek cam citer duyung tu… hahahaha. Jage pantai bersama monyet bernama orix. Hahahaha. Pastu leh jumpe duyung.

Wahh… Indah!!!!!

BTw, rilly hope owner baru resort tu leh wat resort jadi chantek kembali…

Baru la bes…

cube anda lehat. pantai yang terbiar ini! sungguh menyedihkan.

cube anda lehat. pantai yang terbiar ini! sungguh menyedihkan.

oh. saye kecewa sbenanye dengan pantai itu. Haisshh!

oh. saye kecewa sbenanye dengan pantai itu. Haisshh!

* sila lihat tepian pantai itu. benteng² terbiar… adeih.. sakit mate meyh..

ini resort yang cam terbiar..

ini resort yang cam terbiar..

Hehehehe... jangan marah ye..!~

Hehehehe... jangan marah ye..!~

Hahaha.. last..

silelah tgk keindahan ciptaan Tuhan pule…. kehkehkehkeh..

Allah Maha Besar

•Mac 19, 2009 • 16 komen

Lalalala..

Rutin sebagai penilai lagi..

Aku pegi inspection kat tanah orang yang kerajaan nak amek untuk wat empangan.

tempat die sangat chanteq ok?

sungguh best…

aku rase la, cam sangat chanteq.

takto plak kat tempat aku neh ade tempat indah itu.

Oo0olalalalala~lihatlah itu, indah bukan?

Lepas tu gi makan kenduri..

Siyes die punye lauk bes gile…

Lauk gulai kawah+ayam goreng+ikan kering+sambal

Yummy…~

resume

•Mac 13, 2009 • 14 komen

kenapa pause?

itu soalan yang takde jawapan.

Kejadian satu

Aku gi K.L…

Last week nye citer la ni.

Knape? Saje² plus ade besday party.. (erk…)

Aku nek Bas. Da dok lame dalam bas kan, Tetibe cam da lege je sebab kat sebelah aku cam xde orang. Hooorey!~ Leh aku menakhluk mimpi yang indah di dalam bas! yes!

Tapi umpama mimpi dalam mimpa ( eh, ade kan tajok lagu neh? ). Datang ah sorang manusia.

” Awak, beg kite same la… !”

waaahh.. bangangnye! then die dok sbelah aku

Ade gak ke nak beg same ngan aku? dok sbelah plak tu. Da la aku bawak beg laptop tapi tak isi laptop. Aku rase mamat tu pun, mesti cam aku. Menyalahgunakan function beg laptop. Haha.

” ade gak ke manusia dok sbelah aku… cis… kacau la!” – dalam ati je la yang mampu… sesambil wat muke baek ati sopan dan ayu.. lalalala.

” awak, nanti jangan tetukar da la beg neh ye.. bahaye tu”

okey. aku wat muke senyum kelat mannis. Pastu diam. Hey, aku teda mood mau borak.Aku ngantok la!

” awak, nak gi kl ke?”

Ya Rabbi… lagi mau tanya ka? Kau ada nampak bas neh tulis nak gi jb ke? ( ok, dalam ati je aku mampu sumpah sranah)

” Erk, knape? bas neh nak gi tempat laen ke?”

” Gi kl la kan?”

” Da tu nak gi mane lagi. Da terang² tulis”

~ Ahhh… Part paling bosan dalam bas!~

Baru je nak tlelap…

” awak blaja ke?”

Hey, orang nak tido la! Ape punye manusia la die neh.. Tolong la jangan jadi macam orang itu kalau anda seme nak nek bas!

Sampaikan, makcik ngan pakcik sbelah tanya. “kawan ke?” sebab beg sama n banyak je bcakap.

Sampai ke tahap macam tu tau tak!!!!!

Da sampai kat tempat brenti,

” awak jom ah turun minum, saye blanje”

Hahahaha… aku nak tido la wei.

” er, takpela. saye nak tido. ngantok”

Pelik kan… mesra tanpa memikirkan orang macam aku neh nak tido…..

Dalam dok beperang ngan emosi.. ( haha, ade gak la pekataan emosi). Mamat tu ade la bagi kad. Name pe ntah. Sharul ke ape… Tapi yang paling bes, die keje JPJ.. JPJ…

Kahkahkah. Esh, neh nak kene berbaek neh… dekat ibu pejabat terengganu plak tu… itukan sudah bagus… Seb baek aku tak memberikan sumpah seranah yang terlalu berat. Kahkahkahkah.

” ape no phone awak eh?”

” 01 bla bla bla…. sms ah kalo free. “ Okey, aku jawab ngan confident. Aku bagi no mngarut². Hahahaha… siap suh sms lagi.. mampos ah…

Takpe, aku kan ade kad die.. kalo ade pape yang berkaitan leh je sms. Contohnya, saman! ohye, aku ade saman nak kene langsai. Speedtrap. Ampeh punye JPJ….

Sekian, cite JPJ yang ampeh saman aku ngan abang JPJ yang ampeh gile banyak cakap kacau aku tido kat dalam bas. Moral of da story, jangan nek bas sebab lame sangat perjalanannye sampai kebas bontot dan jangan naek bas yang berjenama mahligai sebab seat die hell punye tak bagos. Keras beserta sempit. Ditrambah pula dengan pakej mamat sbelah yang kacau tido. sila amek pengajaran kesah ku ini.

Sekian.

* adalah dimaklumkan bahawa cerita di atas adalah diringkaskan yang teramat sangat.

pause

•Mac 5, 2009 • 2 komen

.pause.

penyelesaian telah tiba! Hooreee..!

•Februari 28, 2009 • 18 komen

” Kelip² ku sangka api, kalau api mana puntungnya,

Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya?”

for da sake of all..

Saye nak off topic pasal benda yang berkaitan dengan perkara di atas.

Sebab cam tak bes.

anyhow, thanx for all.

sebab sudi mencomfortkan saye.

dengan pelbagai cara.

TQ ya!

saye nak start new life. da new wan dalini..

seorang student praktikal yang berkaki lebar.

Lalalalalala..~

++ Lets rainbow up our life.. Jomm!! ++

HaiRan dan Valentine. Berkaitankah?

•Februari 15, 2009 • 14 komen

” Kak liniey, vday celebrate x?”

APAKAH….

tak payah tu semue… pelik betol manusia ini. Hari-hari berkasih sayang tak boleh ke?

 

Sum Facts on valentine day:

  • Si kazen-cik hayuni tell me bout her friends. Got too many plans for their vday! Haishhh!! belasan tahun! Kemaruk cinta mungkin. Diwaktu saye belasan tahun, tiada pun kemaruk cinta sebegitu rupa?! Hairan kan? Memang saye patut merungut pun tentang mereka. Kerana saya risau! adik saya baru berada di alam skolah menengah. Dan berkemungkinan juga dia sedang berkemaruk cinta! ( Saye tidak berbohong kerna memang ada bukti). Tapi apakan daya aku yang tak berapa ada ini, tidak boleh dihalang, jangan sesekali memarahi. Nanti mereka akan memberontak. da gatal sangat. kerna saye pun pernah melaluinya. Hanya mampu elakkan dia dari melakukan perkara yang tak sepatutnya sahaja. Jaga maruah wahai adikku. Jangan terlalu menggedik. Tapi stakat ini, maseh mampu yaken dengan dia kerna dia adalah minah skemmmm namampos tahap cipan, cipan pun tak skem cam dia! Hairan!

 

  • Di hari valentine itu, buat pertama kalinya manusia bernama firdaus mengucapkan “selamat hari kasih sayang sayang” OMG!~ 1st time n sangat pelik. Ketika bersama, di hadapan mata, tak pernah diungkapkannya. Malah sentiasa mengkondem ungkapan itu. Baginya tak perlu. Ya, memang tak perlu pun! aku pun berpendapat begitu. Tapi setelah sekian lama, mengapa boleh pula beliau nak adakan itu? hairan!

 

  • Dihari valentine, hoooooooYYeeeaaaahhhh!!!~ saya menghadiahkan kepada sayangku intan payung satu spoiler dan tinted 2nd layer!~ kehkehkeh. Secara rasminya, awak jadi buah hati saya (memang da lame pun kan sayang?) . Saya comel-comelkan awak pasni eh? Tunggu saye ade duet sket. Eh, bukan saye, tunggu ade rezeki datang. Tunggu sesape nak sponsor. Atau barangkali saye boleh berjimat cermat mengikat perut untuk awak… Untuk awak jadik lebeyh encem+comey+kiut+bagai. Saye hanya memerlukan bajet. Saya sudah tak malu sepeti dahulu untuk ke kedai itu. Sebab saye da berbaek ngan tokey kedai itu, saye akan sms die dulu before kite gi okeyh!~ Nanti takde la kite tunggu lame-lame kan sayang…? Saya tidak membuat pilihan yang salah memilih awak yang kosong tanpa aksesori. Kerna, saya tau, saya boleh memilihnya tanpa had. Tanpa had seperti yang telah ditetapkan standard oleh Syarikat Perodua itu. Saya tak hairan dengan yang ni!

PAKCIK SAYANG

 

  • Pada hari ini, saya baru sedar, yang manusia boleh digantikan dengan benda ber enjin itu. Walhal sebelum ini, saya sering: (* hairan dan merungut kepada kau yang lebih mementingkan SiputihkaU daripada aku * hairan dan benci apabila kau menyatakan SiputihkaU awek dan bini kau. Padahal pada waktu itu kau bersama aku. * hairan dan menyampah apabila kau menyatakan SiputihkaU sangat penting. Ye, aku jeles walaupun ia hanya benda bermotor. * hairan dan menyampah ++ apabila kau suka menunjukkan kuasa SiputihkaU didepan saya. Wat the..Ngan pempuan pun nak tunjuk lagak gak. Sesame kaum bolehlah kot. Tak gentle btol. * hairan bin ajaib bila kau accident, kau menangis. Padahal kau kata kau tak pape. Tapi rupa-rupanya SiputihkaU teruk sangat. Kau menangis untuk itu? Bukan menangis untuk gembira Tuhan selamatkan kau.  Tapi kau menangis untuk SiputuhkaU. Tau tak, betapa aku  risau namampos dengan kau  yang accident ngan bas!~ hesh, manusia btol. Apabila aku mula habiskan duet untuk benda berenjin itu, barulah aku faham. Betapa sayangnya aku kat benda berenjen itu. Dan kau pun sama kan?  Ya, aku da mula faham perasaan kau. Tapi da terlambat, sebab kau bukan pendamping aku lagi…  Kerana sudah tidak berdampingan, barulah aku faham perasaan kau. Too late! No regret. Skarang barula aku tak hairan lagi ngan sikap kau.

 

  • 1st time, saye makan kek di vday. Itupun kawan kazen saye- Ah~Lung yang bersungguh-sungguh tempah. Saje-saje je katenye. Kami makan berempat dengan penuh lahap (lahap ke?) lapar+kebulur setelah merepair and mengejas kereta satria Ah~Lung itu. Menukar bonet depan dan sidemirror. Proses pembelajaran menukar minyak hitam legam itu. Membaringkan diri di tempat  berlantaikan rumput carpet miang namampos  dan diatasya kereta yang sudah di ject (aku masih kurang yakin tahap ject itu mampu menampung kereta yang berat…..)   Dan step seterusnya, bumper depan serahkan kepada abang pomen ye! Memang pun, kita manusia biasa, tak mampu melakukan kerja pomen yang banyak menggunakan bahan-bahan eksotik itu. Kita hanya mampu makan kek cokolat sahaja okey! saye respek ngan awak Ah~Lung (*Ah~Lung ialah bukan lelaki dan bukan berbangsa cina. Dia normal seperti saya. Hanya abnormal dari segi minat yang berada ditahap melampau terhadap kereta. Dulu saye heran ngan dia. Skang boleh trime kenyataan dia manusia normal. kehkehkeh.)