need to..
i need to…
Pause lagi..~
sebab, ai nak gi keje part time wat Rating a.k.a cukai pintu kat Kuala Krai Kelantan.
For sure kat sane takde tenet la n ai pun takde broadband kan….
sob.. sob..
Sminggu skali je ai mampu balek..
Makanya,
PAUSE!!!!!
9 comments Mei 16, 2009
Teka-teki pulau saya!

here i am! perhentian Island!
Jawapan teka teki ( erk, cik izad je kate saye berteka-teki!~)
Saye ke Pulau Perhentian! a.k.a Perhentian Island.
Dengan siapa? bersuka riakah? berhoneymoon kah?
semuanya tidakkk! salah semuanya!
Berhari Keluarga bersama warga opis…
Lalalalala…. Proud to be a trainee. Hahaha, tibe je! sebab da abes pun! Wei dunia!!!! aku da abes berpraktikal!!! aaahhhh…. seronot!
Kenapa pulau perhentian yang dipilih? Ntah! tanye la kat diorang! warga kerja di sana! nak tanyakan saya? mestila saya akan.. ” baiklah, saya setuju” – Kan saya trainee! mesti patuh dan tak mengada ngada serta demand!
Masuk kali ni, saye gi pulau perhentian tu da kali brape ntah! Hahahaha.. asek tmpat tu je tau nak gi… Bukan nak gi tempat laen! Tau ar umah hang dekat jeti pulau perhentian! – Nak wat camne wei… orang da ajak, pogi je la!
Mari-mari kite tengok² gambar yang saye syok sorang² bez!

Itu ialah gambar dijetty. Cuba lihat muka cik wanda! (paling kanan). Muka pasrah sebab bot cam lambat sampai! spoiled btol!

Ohh... boat da sampai! lihatlah.. kan saya girang mengambil gambar. Jakun btol!

uniform mandi manda di lautan saye!

sunset! yes, saye sempat! sunrise? hahaha.. tak kot..

indah bukan?

:)

cik wandalini
Part paling best, snorkelling kat taman laut. Tengok pelbagai benda yang slalu saye tengok kat tivi.
n relax+melenakan diri kat seashore dengan angin meniup+mengulit sampai la saye telena kat krusi mat saleh berjemur tu!
Kan saya da cakap, best! Hahahaha…
Takke korang rase best bile sampai je, tengok ayer laut biru gelap, biru muda, turqoise bla bla bla…?
Takke korang rase best bile pegi snorkelling, si ikan comel nemo ada kat atas tapak tangan korang?
Takke ke korang rase best bile berkayak, kite leh pegi tempat mane yang kite ske n tengok coral kat situ!~
Takke rase best, bile malam² lepak di tepi pantai sambil berbual² dan bergurau senda?
Takke rasa best bila tak payah pikir apa-apa, juz tengok and dengar air laut menyanyi je?
Jawapannye, best wo! sebab saye da and slalu rase benda tu!
Marilah pergi holiday bersama rakan-rakan!
*p/s : satu je tak best! kulit jadi gelap! tapi saye pakai sunblock tebal²! Hahaha.
21 comments Mei 12, 2009
saye gi pulau!
saye gi pulau! sangat bes.
Hahahaha…. jangan jeles semua orang!
8 comments Mei 10, 2009
TRAFFIC LIGHT DAN PERISTIWA ITU!
” Rizal, kau pulang lah ke Besut. Balik kampung “
” Aku juga rindukan Besut, tapi apa yang ada kat Besut “
” Ada traffic light kaler merah, kuning and hijau “
” Ahhhh, kat Shah Alam pun ada traffic light “
” Traffic Light kat Besut nyala tiga-tiga warna skali gus!”
” Tipulah! Jangan auta la Liniey!~”
Saya tak tipu apatah lagi nak auta! betol!

kalerful kan?
Traffic light tu comel! Colourful! i Like !!!!!~ walaupun ia menyusahkan pejalan raya. Ah saya peduli apa? sebab saya nak belok ke kiri. Tak payah tunggu Lampu itu nyala hijau. Kan dah ada signboard segitiga suruh beri laluan…~
Traffic light itu jadik chanteq and colourfull sebab kene panah petir petang itu. Hujan yang begitu lebat di samping kilang sabung menyabung!~ (wah, itukan ayat karangan bahasa Melayu penulisan ketika UPSR! – Saye dapat A tau BM penulisan tau! Lalalala.)
Oh, Habis tentang traffic light!
Masuk tentang kronologi kejadian terbaru yang agak saspen!
PERISTIWA 1
“Eh, kenape saye tetibe rimas pakai bangle neh!”
PERISTIWA 2
” Lini, bapa saudara pesan sudah² la makan. Nanti nyesal tak sudah”
” Oh, baiklah” (sambil pikir and kompius dengan ayat itu)
PERISTIWA 3
Saye gi timbang kat supermarket berdekatan. 47.6kg! Apa???!!!!!!!
Ohhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Takkan la kot! naik 3 kg! OMG!!!!!!
OOohhhh…. no wonder la bangle rase tak selesa nak pakai… ketat rupanya..!
OO0hhh…. no wonder la bapa saudara berkata begitu, nampak gemuk rupanya!
OO0hhh… no wonder la jeans rase cam ketat sket. Ingatkan jeans tu mengecil! (bodohnya berpikir!)
~ ARGH!!!!~
10 comments Mei 6, 2009
Untok Baiyah dan Teman Lain.
Juz wanna share a song. Lagu yang sangat comel.
dan cute. Okeylah, menujukan lagu ini kepada rakan baik, Miss Baiyah.. (inilah teori lucu yang saya suh anda dengar).

Eh.. tgk tuan nye dlu... Baru tgk lagu die k...?
TEORI LUCU by Wani Ardy
Dunia hari ini semua mengaku sudi
Lebih baik jadi diri sendiri
Negara hari ini kurang lelaki kualiti
jangan salahkan skeppito mentaliti (maaf cik wani, aku mengarut!~)
kau apa kurangnya
Di tabir sepi (ni pun aku wat lirik sendiri.. ampun wani!)
Siapa kata lelaki dan perempuan
Tak bisa menjadi kawan karib
LUCU!~
na. na. na.na. na. na.
Cukup Cukup
Ada apa dengan valentine
bilaku ada
teman-teman,
cita-cita,
masa depan
kau mungkin fikir ku ini diniaya
atau ku suka yang sejenis
pun tak mungkin aku memilih
jadi aku solo tak bermakna bolos
memang ku sendiri tak bermaksud
aku mahu kau punya kekasih
lucu!~
na.na.na.na. na. na. na.
cukup..
aku selesa menjadi aku
dan engkau bukannya aku
aku tak perlu teori lucumu
cuma buat sakit perut
Baiklah. Sudah tamat lagunya. Rakan-rakan, silelah gi dengar lagu die yang laen. Best and comel… (okey, die tak bayar aku untuk wat marketing k?)
oleh kerana aku baik hati, (oh, aku memang sentiasa baik hati sebenarnya), aku cadangkan korang, gi kat blog die.. tak pun search kat youtube lagu die..
aaahh…. comel… 
Okeylah. Sudah kehabisan idea.
Aku da menjadi skema tanpa sebab. Mungkinkah kerana selsema babi? Hakhakhak.. Aku baru tebace pasal selsema babi kat blog minah Wani Ardy sbenanye…
Ngantok~ la.. tata.
4 comments April 29, 2009
mari ke youthsays!~
Wah.. da lame tak post entry.
Sebab ngade² bizi
Memembe pun bising kat face book…
Kehkehkeh. Jangan marah!
Eh, prasan tak, pas frindster semue orang sebok² survey…
pastu maen tag² kat blog plak…
Maka aku pun konon² lari ar ke facebook.
tgk² skang facebook… Mak aih.. meriah ngan survey tu je..
mrepek gile survey die…
adakah anda menantu kesayangan? laaa…
which animal are you? la….
plus plus macam²..
Haish.. tak paham tol
yang tak tahannye! ramai gile yang dok jawab bende alah tu..! hairan!
Yang lagi hairan, aku pun gi join gak!!! damn…
wey.. ape pekdahnye…. jawab.. jawab.. ntah pape je…
(okey, aku kate kepade diri sendiri juge!)
Hahahahaha..
sob.. sob.. sob.. insaf!~
Dalam aku dok menyervey, aku baru tau ade 1 site neh….
Sangat best weh!!
setiap survey kite dibayar ape…
baru ar bebaloi…
aku baru je nak start kumpul..
Hahahaha… korang jangan jeles eh? aku da kumpul RM2.50..
( biar ar RM2.50, nak gak kecoh²! – ske ati aku laaa!)
Nanti pas da cukup RM50, katenye cheque akan dihantar…
okey. okey.. aku test je…
mane la tau dapat…
bebaloi gak aktiviti peng onlinan aku neh…
hehehehe…
Mari la rakan-rakan…
menabung bersama saya!
yang tanam anggur, mahupun jobless ataupun jobfull pun leh join…
hehehe..kehkehkeh.. aku promote la plak…
marila rakan²!
Ngeee….!~
aku da join, kau orang bila lagi?
Lalalala…
meh nak citer sket pasal benda alah tu…
ia adalah youthsays..
macam kite bagi pendapat kite ar..
ramai la manusia-manusia penyervey yang create survey ru..
antaranya astro, secret recipe bla bla bla…
diorang pun saje la kot nak tgk kite nye says
ngeee….
setiap survey yang kite jawab, ade la harge die…
takla mahal sangat. ciput je.
tapi
sikit-sikit lama kan jadi bukit!
bukankah begitu.
sekurang-kurang kite membuat seswatu yang berfaedah untuk diri sendiri dan masyarakat…
waaa… bestnyeee!~
hikhikhik.
youth of the nation btol i neh..
tetibe di transform menjadi itu!
sesape nak ekot jejak langkah kaki comel aku..
ehm, nak banyak info lagi, kelip jugak kat bawah itu..
lalalala
marilah kelip dibawah itu…!
Best wa cakap lu!!! hehehe….
Tetibe aku jadik seorang belia yang berwawasan plak..
kehkehkeh..
eh lagik satu.. aku cam tringin ah…
Nak join any community ke, club ke…
cam bez je…
sangat comel je tgk ade club wat aktiviti diorang.. cycling, family day, bla bla bla..
Nak! nak! tapi kat ne ah?
sile beritahu saye rakan² sekalian!
11 comments April 25, 2009
LAND FOR SALE
PROPERTY FOR SALE
. vacant land / plot .
. In area of Kampung Raja or Kota Putera .
. strategic location : in front of SM Teknik Besut .
. suitable for residential and commercial use .
. 5000m from Kota Putera .
. Surrounding area : Schools, mini stadium, sport centre, dustrict administration centre, residential & commercial, education centre .
. Only 3km road distance to Bukit Keluang Beach .
. 6km road distance to Perhentian island jetty .
AREA : 0.25 acre
PRICE : RM 85,000 (NEGOTIABLE)
HURRY UP!
do contact me!~
012-9651371
8 comments April 20, 2009
Ucapan Saya Pada Malam Ini
Isnin, jangan tiba terlalu cepat, Ahad, singgahlah lebih lama, dan kau Sabtu, alangkah indahnya jika kau boleh memperlahankan waktu. Oh ya Jumaat, tolong jangan sesakkan kepala otak aku.
Memetik kata seorang rakan aku. Rakan yang hari minggu nya terlalu sesak baginya. Berbanding dengan entry yang sebelumnya. Saban mingu merungut tentang kebosanan hari minggunya. Hari ni? baru la kau rasakan 2 hari itu bagaikan 2 jam.
Sebenarnya, aku nak gelak jahat jap…
HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!~
Kau tidak berseorangan wahai rakanku.. Masih ramai lagi yang menemani. Cuma aku… yang agak bernaseb baik. Bernasib baik kerna telah menghadapi saat itu terlebih dahulu. Tapi, masih ada yang belum selesai beb! relakslah!~
Dimana sifat macho dan koolmu?
Bukankah kau biasanya maintain macho? Tapi aku percaya kau tetap akan kool sahaja. Kau kan kesayangan Pak Amid!~ (sebenarnya aku tidak memerli ok?)
Pesanan aku, silalah buat muka confident. Itu sahaja kata kuncinya. Itu nasihat daripada seorang Pensyarah berpangkat doktor kau tahu!!!! Konfident sahaja yang penting. Salah tidak menjadi masalah! Kita kan belajar!
Aaaaaahhh…… Panjang sangat nasehat kepada seorang rakan yang sedang bizi itu….
Sebenarnya, memang hari minggu terlalu pendek lah!
PM baru, silalah dengar cadangan saya. Jadikanlah weekend 3 hari! tolonglah! inilah suara rakyat yang mahukan perubahan!~ 2 hari tidak cukup!
sebelum bercerita, adalah ingin memaklumkan bahawa hari minggu disini ialah hari jumaat dan sabtu.
Pada hari khamis. Pelbagai perancangan untuk menyiapkan assignment telah di setkan di dalam kepala benak seorang budak benama cik Wanda.
Weekend ni… camne pun, mesti setelkan semua. Yesss..!
Hari jumaat tiba, di pagi hari, menemani ibu ke pasar. Pasar minggu disini ialah bukan tempat menjual sayur sahaja. Ia juga menjual baju-bajuan dan tudung-tudungan juga! malahan bantal, besen, baldi, dan juga apam balik!! Tidak lupa juga kacang rebus! Maka dengan itu, masa dipasar ialah sangat lama!~ sampai ke tengahari sehingga ibu membuat keputusan untuk tapau sahaja lunch untuk kami bertiga. Cik wanda, ibu, dan bapa.
Dipetang hari, membantu bapa saudara pula. Yang pergi kursus dan meminta bantuan cik wanda untuk menjemput anak kesayangan di airport kota bharu. Okey, mestilah pergi awal sedikit sebab mungkin boleh makan-makan dahulu. Flight sepatutnya pukul 7.20am didelaykan sehingga 10.50pm! Bukan kerana cuaca, tapi kerana kesilapan teknikal pihak pengurusan!
” shit air asia” – kata-kata seorang sepupu.
” lepas ni, haram air asia” – kata-lata seorang bapa saudara melalui sms.
menunggu seorang sepupu sehingga lewat malam dam sampai kerumah lewat malam kuasa dua!
Ahh…. sudah sehari hari minggu berlalu! berbaki lagi sehari!
Di hening sabtu (kehkehkeh… sile jangan marah cikwanda menggunakan perkataan hening itu!).. membantu ibu vacuum rumah, mop lantai dan mengelap almari yang berhabuk. Sehingga tengahari!
Tengahari pula, berjanji dengan ibu untuk men eksperimen pai tee! sejenis makanan kegemaran ramai termasuk, ibu, bapa dan saudara mara sekalian alam. Eksperimen dijalankan dan ia menjadi! sehingga ke petang mengeksperimenkan diri. ( gile lambat nak mampos nak buat kulit pai tee!)
Dan sebelah malam pula, tiba konsert akademi fantasia, sesi iron baju bla bla bla…
o0o0pppsss! weekend dah hampir tamat!~ sehingga terjadinya entry ini. Satu pun benda yang diazamkan tidak dibuat! mengapa weekend 2 hari sahaja? itu saja persoalannya! kalau esok weekend kan bagus… leh la wat assignment.
Sila ambil perhatian. Kami sepakat untuk mahukan weekend 3 hari selepas ini. Tolong lah datuk seri najib. Cik wanda janji takkan merepek seperti ini lagi kalau PM bagi weekend tiga hari…..
Sekian ucapan saya pada malam ini.
Terima kasih kepada yang sudi menbaca.
11 comments April 12, 2009
Goreng Pisang SuamSuam Kuku

pisang goreng panas enak dimakan begitu sahaja terutamanya di taman universiti, Skudai, JB. masih+akan terus menjadi port kegemaran pada sore
Kau mahu tahu?
Pertama kalinya dalam sejarah. Aku berlumba-lumba untuk register subjek.
Tidak pernah aku buat begitu. Sedangkan semester lepas pun, rakanku terchenta mandaftarkan untuk aku.
Pendaftaran dibuka 30hb. Maka pada jangkaan aku bersama rakan-rakan, ia dibuka seawal jam 00.00 lagi. Nyata hiperbola cerita rekaan aku semua meleset kerana ia dibuka lebih awal. Seawal 11.50 aku mencuba. Ingin mencuba menjadi orang pertama.
Cis! aku bukan orang yang pertama! Punah harapan dan angan² tin kosong! Bunyi sahaja bising! Isinya tetap tiada.
Sudahla penat berperang minda dan perasaan bersama rakan² untuk memilih subjek kegemaran! Semua mahu yang cemerlang gemilang terbilang. Pelbagai analisis dilakukan oleh mereka untuk setiap subjek elektif itu. Pilih 2 daripada Lima. Susah bukan?
Ia lebih susah daripada memilih soalan pilihan untuk dijawab ketika exam, bahkan, lebih susah daripada memilih calon menantu! percayalah! Ianya sukar. Sukar kerana terlalu banyak pendapat. Pelbagai hasutan dan pujian ke atas semua subjek!
Seawal 11.50 pm. [ok, belom masuk 30march]. Aku mencoba naseb. Manalah tahu, untung polisterin, timbul dipermukaan air dan menyebabkan pencemaran. Saat 11.50pm itulah aku bukan menjadi orang pertama. Orang ketiga mungkin! haish…! Tak puas hati!
Sepintar pintas kilat aku mendaftar dan tidak lupa memaklumkan kepada rakan seperjuangan! Rakan seperjuangan yang masih sibuk dengan dunia analisis!
” klik daftar”
Selapas diklik. Status available untuk subjek elektif kegemaran, 10 mendaftar dan 30 kekosongan!~ Pada kiraan dan analisa yang telah dibuat, ada 8 manusia lain yang mendaftar pada masa yang sama dengan aku. 10 mendaftar bermakna aku, manusia ganjil yang menjadi orang pertama itu dan 8 lagi yang lain! Semangat bukan? Mereka sungguh bertungkus lumus untuk mendaftar secara pantas! Tahniah kepada semua!
Sepanas panas goreng pisang, panas lagi subjek elektif ‘facility management’ itu! Dalam masa setengah jam, kelas sudah full house! pertama kali dalam sejarah. Student batch aku memfullhousekan kelas sepantas kilat itu! banjir kilat pun tidak sepantas itu pada kiraan aku.
Untuk maklumat semua, kelas itu limited kepada 40 manusia pertama yang berminat sahaja. Dan pada perkiraan penganalisis tidak bergaji aku, semua budak kelas aku berangankan subjek itu kecuali tuan empunya penganalisis tidak berdaftar itu. Maka, tidak hairanlah ia ditransform menjadi goreng pisang panas!
Subjek pilihan kedua panas fullhouse pada kira-kira pukul 1 pagi. Masih lagi panas walaupun suamsuam kuku. ‘Project Management’ – tidak mempunyai peminat seramai Facility Management, tapi masih menjadi pelengkap kepada yang tidak lengkap. Rakan-rakan seakan gerun dengan lecturernya. India pure fly all da way from bollywood city! Satu ungkapan ajaib, Tak kenal maka tak cinta, tak cuna maka tak tau! Mana tahu, dia bukan seperti yang dijangkakan. Mana tahu pembelajaran bersamanya bukan seperti yang kita bayangkan. Cubalah rakan-rakan. Berjuang untuk hidup! Bukankah Agi idup agi ngelaban?
Daftar subjek punya cerita. Boleh menaip entry sepanjang ini. Musykil! Tapi inilah kenyataan!
Ada yang sanggup berada di cc seawal 11.30 malam. Ada yang berlari lari anak ke cc pada pukul 12 malam. Ada juga yang menelefon rakan karib membutuhkan pertolongan. Inilah gunanya kawan. Apa guna berkawan kalau tak mahu tolong!
‘ Apa yang penting, kerjasama!’
Apapun peristiwa, apa yang jelas dan hakiki, Aku gembira kerana telah mendaftar dengan jayanya. Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sungguh kasihan kepada mereka yang tak bisa memilih. Siapa suruh kau tidak bersemangat seperti kami? jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih!
Alah, subjek lain pun tidaklah tidak hebat. Cuma tidak menjadi goreng pisang panas sahaja!
Dalam keasyikan mendaftar subjek. Perkhabaran tidak gembira tercipta. Panggilan mengatakan atok saudara sedang tenat. Ayah bergegas dan aku tunggu dirumah. Penantian satu penyeksaan – panggilan diterima beliau telah kembali Rahmatullah. Allah lebih sayangkan beliau!
AL-FATIHAH
15 comments Mac 30, 2009


